Monday, 23 May 2011

2) Facebook

Facebook mendatangkan masalah. Facebook tidak mendatangkan faedah. Facebook membuat pelajar lalai dan membuat pelajar mengabaikan pelajaran. Ibubapa patut melarang anak mereka daripada menggunakan facebook.Facebook membuat para pelajar lalai dan leka serta mengabaikan pelajaran. Facebook harus ditutup.
Setujukah anda dengan apa yang dikatakan di atas? 
Betulkah facebook melalaikan?
Betulkah ibu bapa / waris patut melarang remaja daripada menggunakan facebook?
Betulkan tiada faedah dalam menggunakan facebook ini? Apa faedahnya?
Apakah cara-cara untuk memastikan remaja dapat mengawal tingkah laku mereka? Apa pula yang patut dilakukan ibu bapa / waris remaja.


Berikan pandangan anda. di dalam kotak di bawah. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu yang sopan dan tertib. Akhiri setiap komentar dengan nama dan kelas anda. 


Contoh :


Saya rasa ......


Abdul Wahub (kelas 6/1) .

3)Apa pendapat anda?

Sila lihat lelaman ini. (liriknya ada dibawah)

Berikan pendapat anda mengenai apa yang dikatakan oleh penyanyi ini? Setujukah anda? Jika Ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?

Lirik lagu

Geram Ajer
Liriks/lagu: Aqmal

Geram... geram ajer
buat asap keluar dari telinga
'dahlah malas nak membaca
kini sudah mula lagu 'rojakkan' bahasa

Geram... geram ajer
buat hati degup lincah tak berhenti
markah rendah PSLE
sekolah pun tak habis lagi

jadi beritahu aku nak buat macam mana?
dah suruh berusaha tak jalan-jalan juga
mintak tolong pihak-pihak berkuasa
dikatanya pula, jangan asyik meminta

Geram... geram ajer
dah tak payah puitiskan senikata
masih tak mengerti juga
mencari ilmulah yang paling utama
geram.. geram ajer
hiburan nampaknya yang menjatuhkan
kini lagu dijadikan pesanan
buat generasi muda, buat pelapis bangsa
buat pemimpin-pemimpin hari muka
buat yang menangis, buat yang ketawa
buat yang mengemis dan yang kaya-raya

Jadi beritahu semua kita tak ada masa
jangan maruah tergadai masalah belum selesai
asyik nak cerai-berai, remaja minat bantai
dadah pula merantai, kita masih bersantai

kalau asyik geram ajer pun membuang masa
marilah sama-sama sampaikan pada semua
sayangilah keluarga, cintailah bahasa
ingat pada yang Esa, teruskanlah usaha
jangan asyik nak suka-suka

Geram... geram ajer
senikata tak payah dipuitiskan
kini lagu dijadikan pesanan
buat generasi muda

Tapi kongsilah bersama strategi nak berjaya
semua ada peranan sering saling berpesan
Geram… geram ajer
hiburan nampaknya yang semakin ketara
melalaikan minda

Tuesday, 17 May 2011

1) Internet dan remaja patut dipisahkan

"Remaja kian lalai. Remaja kian lupa.  
Remaja tidak mahu mendengar nasihat. Remaja mudah terpengaruh dengan perbuatan yang tidak senonoh. Terpengaruh dengan apa yang terdapat dalam alam siber. Oleh kerana remaja lebih senang menghabiskan masa di hadapan komputer, khusyuk menatap skrin, bersembang dan menonton YouTube, remaja tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. 
Remaja lebih mudah dan yakin mengutarakan pandangan di alam siber. Bagaimana mereka boleh maju? Memang semua remaja yang asyik dengan bersembang di alam siber, lalai dalam pelajaran. Lebih banyak buruk daripada yang baik apabila menggunakan alam siber ini. Ibu bapa patut melarang anak mereka daripada menggunakan internet. Dengan cara ini, anak mereka tidak mudah terpengaruh. Ibu bapa patut menghentikan khidmat internet di rumah. Pasti remaja lebih maju dalam pelajaran dan hidup. Mereka tidak perlukan internet!"

Setujukah anda dengan apa yang dikatakan di atas? 
Betulkah remaja yang menggunakan kemudahan teknologi ini akan gagal dalam hidup? 
Betulkah ibu bapa / waris patut melarang remaja daripada menggunakan internet?
Betulkan tiada faedah dalam menggunakan internet ini? 
Apakah cara-cara untuk memastikan remaja dapat mengawal tingkah laku mereka? Apa pula yang patut dilakukan ibu bapa / waris remaja.


Berikan pandangan anda. di dalam kotak di bawah. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu yang sopan dan tertib. Akhiri setiap komentar dengan nama dan kelas anda. 


Contoh :


Saya rasa ......


Abdul Wahub (kelas 6/1)