Tuesday, 17 May 2011

1) Internet dan remaja patut dipisahkan

"Remaja kian lalai. Remaja kian lupa.  
Remaja tidak mahu mendengar nasihat. Remaja mudah terpengaruh dengan perbuatan yang tidak senonoh. Terpengaruh dengan apa yang terdapat dalam alam siber. Oleh kerana remaja lebih senang menghabiskan masa di hadapan komputer, khusyuk menatap skrin, bersembang dan menonton YouTube, remaja tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. 
Remaja lebih mudah dan yakin mengutarakan pandangan di alam siber. Bagaimana mereka boleh maju? Memang semua remaja yang asyik dengan bersembang di alam siber, lalai dalam pelajaran. Lebih banyak buruk daripada yang baik apabila menggunakan alam siber ini. Ibu bapa patut melarang anak mereka daripada menggunakan internet. Dengan cara ini, anak mereka tidak mudah terpengaruh. Ibu bapa patut menghentikan khidmat internet di rumah. Pasti remaja lebih maju dalam pelajaran dan hidup. Mereka tidak perlukan internet!"

Setujukah anda dengan apa yang dikatakan di atas? 
Betulkah remaja yang menggunakan kemudahan teknologi ini akan gagal dalam hidup? 
Betulkah ibu bapa / waris patut melarang remaja daripada menggunakan internet?
Betulkan tiada faedah dalam menggunakan internet ini? 
Apakah cara-cara untuk memastikan remaja dapat mengawal tingkah laku mereka? Apa pula yang patut dilakukan ibu bapa / waris remaja.


Berikan pandangan anda. di dalam kotak di bawah. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu yang sopan dan tertib. Akhiri setiap komentar dengan nama dan kelas anda. 


Contoh :


Saya rasa ......


Abdul Wahub (kelas 6/1) 

28 comments:

  1. Saya setuju dengan apa yang dikatakan.Remaja tidak akan gagal dalam hidup apabila mereka menggunakkan kemudahan teknologi jika mereka menggunakkannya dengan cara yang betul.Ibu bapa tidak harus melarang remja daripada menggunakkan internet kerana mereka kadang kala memerlukan bantuan daripada rakan mereka.Internet ada faedah untuk kami berbual dengan keluarga atau rakan di negara lain.Ibubapa harus kekunci lelaman yang tidak harus mereka layari dan memantau kegiatan mereka dilayar siber.

    Ahmad Sufi Ismail 6/5

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan artikel tersebut mengenai remaja dan internet.Walaubagaimanapun,internet ada juga faedah yand baik.Saya rasa remaja cuma salah menggunakan faedah internet.Satu contoh ialah ramai rakan saya menipu umur mereka hanya untuk bermain di lelaman Facebook.Saya rasa mereka mengikut peraturan dan harus jujur.Remaja sepatutnya menggunakan internet untuk menambah ilmu dan untuk membuat kajian.Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab,mereka sepatutnya menasihat anak mereka dan mengunci lelaman yang tidak sesuai bagi umur mereka.

    Nur Aisyah binti Abdul Manan 6/2

    ReplyDelete
  3. Saya rasa apa yang ditulis di artikel ini betul .Walaubagaimanapun,saya tidak berapa setuju dengan beberapa perkara yang ditulis di artikel ini yang mengatakan bahawa ibu bapa harus menghentikan khidmat internet di rumah.Remaja tidak akan gagal dalam hidup jika mereka menggunakan kemudahan teknologi ini.Internet sebenarnya ada faedahnya.Internet boleh memudahkan lagi remaja untuk menyelesaikan tugas sekolah mereka dengan senang dan juga membantu mereka untuk membuat kajian mengenai sesuatu.Mereka boleh mempelajari sesuatu dari kajian yang telah mereka lakukan itu.Sungguhpun begitu,remaja seharusnya menggunakan komputer dengan masa yang betul dan tidak melebihi dari 2 jam.Ibu bapa yang bertanggungjawab boleh mengunci lelaman yang tidak sesuai bagi menjaga tingkah laku anak-anak mereka dan menasihati anak-anak mereka untuk mengunakan komputer pada masa yang seharusnya.
    Qurratu’Aini Bte Mohd Ali 6/1 (kelas MT : 6/2)

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan apa yang dikatakan.Remaja tidak akan gagal dalam hidup apabila mereka menggunakkan kemudahan teknologi jika mereka menggunakkannya dengan cara yang betul.Ibu bapa tidak harus melarang remaja daripada menggunakkan internet kerana mereka kadang kala memerlukan bantuan daripada internet tersebut.Mereka memelukan bantuan daripada internet seperti Google untuk mencari informasi.

    Farradeela 6/9A

    ReplyDelete
  5. Saya setuju kerana memang ramai remaja lalai dalam pelajaran kadangkala kerana internet. Ye kerana mereka akan meluangkan masa bersama internet lalu tidak mementingkan dalam pelajaran. Kadangkala ya tetapi ada kadangkala tidak kerana remaja akan mengunakan internet untuk membuat kerja-kerja sekolah dengan mengunakan internet. Ya kerana apa yang mengandungi internet hanya mainan komputer dan semuanya tidak mendatangkan faedah. Meluangkan masa bersama keluarga dan juga harus mengetahui apa yang mengandungi internet. Ibubapa harus memberitahu remaja apa yang akan mereka mendapat dari internet atau menanyakan remaja apa yang membuat mereka suka dengan internet.

    ReplyDelete
  6. Siti Nadiah 6/4

    ReplyDelete
  7. Saya setuju, tidak semestinya orang remaja gagal dalam hidup mereka jika remaja itu menggunakan kemudahan teknologi.Ibu Bapa tidak harus melarang mereka yang membuat kerja sekolah di internet tetapi ibu bapa harus melarang remaja itu menggunakan internet dengan terlalu lama jika remaja itu membuang masa dengan alam siber. Mengunakan Internet ada faehdahnya, ia boleh menolong remaja-remaja dalam mencari maklumat tentang apa-apa dan ia boleh menenangkan kita degan berbual di alam siber. Ibu bapa harus kekunci lelaman yang tidak sepatut remaja itu pergi.

    Baqir Bin Muhamad (6/9A)

    ReplyDelete
  8. Ya , saya setuju akan apa yang dimaklumkan . Kalau mereka menggunakan komputer untuk belajar , saya rasa mereka tidak akan gagal dalam kehidupan mereka , tetapi kepada orang yang terlalu lama menggunakan komputer untuk bermain permainan yang tidak ada pasal bahasa , saya rasa budak itu mungkin akan gagal dalam kehidupannya . Ibu bapa harus melarang remaja menggunakan internet kalau mereka menggunakannya terlalu lama . Ada faedahnya mereka menggunakan internet kerana mereka boleh tanya kepada rakan tentang kerja sekolah mereka . Remaja tidak seharusnya kunjungi lemanam web yang tidak senonoh dan ibu bapanya harus memberi mereka amaran tentang alam siber .

    Nurul Altrishah 6/5

    ReplyDelete
  9. Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan. Sebenarnya, remaja tidak akan gagal dalam hidup menggunakan teknologi kerana ia penting dalam hidup mereka. Contohnya, lelaman Yahoo , Google , Wikipedia dan banyak lagi adalah lelaman yang memberi informasi tentang apa yang kami kurang pasti. Ia menolong kami mendapatkan informasinya yang penting. Berita-berita panas juga ada apabila kami membuka lelaman Yahoo. Ibu/Bapa tidak seharusnya melarangkan remaja daripada menggunakan internet kerana ia penting dalam hidup mereka. Ada faedah dalam menggunakan internet. Untuk orang dewasa , mereka boleh membuat ''banking'' untuk membayar atau mendapat wang yang mereka mahu dalam masa yang cepat. Kadang-kadang, remaja memang meluangkan masanya dengan internet pada masa yang lama. Cara-cara untuk memastikan remaja dapat mengawal tingkah laku mereka adalah mereka meluang masa bersama keluarga lebih lama dari internet. Ibu/bapa harus juga memberi masa untuk anaknya mengunakan internet supaya mereka boleh berdikari dan bertanggungjawab dengan masanya.

    Nur Dinnie Bte Nasril 6/5

    ReplyDelete
  10. Saya setuju dengan apa dikatakan di artikel ini.Tetapi manusia tidak akan gagal dalam kehidupan akibat kemudahan teknologi.Teknologi ini dikatakan mudah untuk manusia kerana mereka dapat menggunakan lelaman internet untuk pelajaran seperti E-Learning.Internet juga amat berfaedah kerana pelajar seperti kami boleh guna lelaman-lelaman sepert Yahoo dan Google untuk bahan pelajaran atau projek.Ibu/Bapa mereka harus juga memperhatikan apakah tingkah laku mereka apabila di internet mereka juga harus kawal berapa lama anak-anak mereka menghadap komputer.

    ReplyDelete
  11. Saya setuju dengan apa yang dikatakan di dalam artikel ini ’INTERNET DAN REMAJA PATUT DIPISAHKAN’.
    Memang betul remaja kian lalai,lupa,tidak mahu mendengar nasihat dan terpengaruh dalam dengan perbuatan yang tidak senonoh.Remaja terpengaruh dengan apa yang terdapat dalam alam siber. Ini kerana remaja menghabiskan masa di hadapan komputer. Ibu bapa patut melarang anak mereka daripada menggunakan internet. Dengan cara ini, anak mereka tidak mudah terpengaruh dengan perbuatan yang tidak senonoh di dalam siber. Walaupun remaja boleh melungsuri internet untuk mencari matlumat,mereka tidak sepatutnya lalai dalam pelajaran dan terpengaruh dengan apa yang terdapat di dalam siber.

    ReplyDelete
  12. ...Noor Ain
    6/4

    ReplyDelete
  13. Saya tidak beberapa setuju dengan artikel ini. Ya memang remaja lalai dalam menggunakan komputer dan tidak mendengar nasihat tetapi mengapa kita harus memisahkan mereka daripada internet. Tentu mereka tidak boleh mencari maklumat dan membuat kerja rumah melalui E-Learnig seperti Lead Portal dan Blogsot yang disediakan oleh guru. Remaja sekarang memang menggunakan internet untuk membuka lelaman sosial seperti Facebook,Twitter dan pelbagai. Ibu bapa boleh membuat kata laluan yang tidak boleh diketahui oleh anak supaya mereka boleh membuka komputer dengan keizinan ibu bapa. Sekaran sudah banyak kemudahan untuk melarang sesiapa untuk ke lelaman sosial dan yang tidak berfaedah. Dengan cari ini remaja tidak sesuka hati untuk membuka komputer.

    Saya Muhd Iskandar Bin Mohd Kusnan daripada kelas 6/3 dan Kelas Bahasa Melayu 6/2

    ReplyDelete
  14. Saya setuju apa yang dikatakan oleh artikel ini.Remaja masa kini tidak akan gagal dalam hidup jika mereka menggunakan internet.Ibubapa tidak harus melarang anak mereka daripada menggunakan internet kerana anak mereka tidak dapat melakukan kerja sekolah seperti projek.Penggunaan internet ini ada faedahnya.Remaja masa kini tidak seharusnya mudah terpengaruh dan Ibubapa boleh mengunci lelaman-lelaman web yang tidak senonoh.
    Muhammad Akashah (6/4)

    ReplyDelete
  15. Saya setuju dangan artikel tersebut. Remaja memang menghabiskan masa di hadapan komputer. Tetapi, internet juga ada kebaikkannya. Contoh, murid-murid bolah mencari maklumat di internet untuk menyelesaikan tugas sekolah atau projek mereka. Ada juga keburukkannya. Remaja bermain-main di lelaman Facebook untuk menipukan kawan-kawan mereka. Mereka sering berkata-kata kesat kepada rakan-rakan mereka di Facebook. Remaja tidak sepatutnya bermain komputer melebihi daripada dua jam. Pelajaran mereka juga boleh terganggu. Ibubapa boleh menolong dengan menasihati anak-anak mereka dan mengunci leleman yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
    Khairuna Izzati Bte Jamil(kelas 6/1)

    ReplyDelete
  16. Saya setuju dengan apa yang dikatakan diatas.Dengan menggunakan Internet remaja boleh terganggu dengan pelajaran mereka.Terutama sekali jikalau mereka ke lelaman web yang tidak senonoh.

    Tetapi Internet ada kegunaan baik dan jahatnya. Baiknya ialah Internet boleh digunakan untuk membuat projek sekolah atau E-learning.Jahatnya ialah remaja boleh pergi ke lelaman-lelaman web yang tidak senonoh.

    Muhammad Naufal Zulhilmi (6/5)

    ReplyDelete
  17. Saya setuju,ramai orang asyik lungsuri internet dan lupakan pelajaran mereka.Komputer ada positif dan negatif,macam wikipedia,facebook,google,youtube dan bermacam lelaman web yang sudah disediakan.
    Tahun ini,ramai orang membeli teknologi yang baik,macam laptop,I-pod,I-phone,smart-tv dan bermacam-macam.
    Ibubapa kita tidak suka pasal teknologi yang baik kerana teknologi ini memang mahal dan membuang masa.(asri 6/8A)

    ReplyDelete
  18. Saya setuju dengan artikel yang ditulis.Memang ramai remaja yang selalu lungsuri internet bila tiada benda yang hendak lakukan.Apabila sudah menghabiskan masa mereka dengan komputer,mereka akan terlupa apa yang harus mereka buat.Lelaman web yang mereka lungsuri pun semua yang mereka selalu lungsuri seperti facebook,google,yahoo,msn dan banyak lagi.Zaman seperti gini,ada beribu-ribu orang yang mengunakan komputer,telefon bimbit,ipod,iphone dan yang lain.Mereka pun harus menghabiskan masa mereka dengan komputer pun sekurang-kurangnya satu setengah jam.Ibubapa pun boleh mengunci kod supaya mereka tidak membuang masa mereka(muhammad ikhmal kamaruzaman 6-8a)

    ReplyDelete
  19. Saya kurang setuju akan artikel yang disembahkan . Ibubapa tidak harusnya memisahkan remja & internent.Akan menjadi pengguna alam siber juga,saya telah menghadapi kelalaian juga.

    Pengguna-pengguna alam siber, jangan lah kamu lupa akan tanggungjawab kamu sebagai pelajar,anak & pemimpin masa hadapan kamu sendiri dan keluarga kamu. Saya mendoakan semua kebaikkan akan mengatasi masalah alam siber.
    Untuk ibu&bapa, berikan mereka peluang untuk menunjukkan betapa kreatif mereka ialah.

    Farisha Amira (6/3)

    ReplyDelete
  20. Ya , saya setuju dengan apa yang dikatakan . Memang betul kebanyakan remaja gagal dalam hidup mereka kerana khusyuk menatap skrin komputer . Ibu bapa / waris sepatutnya melarang remaja kini daripada menggunakan internet . Tetapi , kadang kala , internet boleh mengfaedahkan mereka . Mereka boleh mendapat informasi daripada lelaman website yang lain . Mungkin cara yang terbaik adalah untuk memperhatikan masa apabila mereka sedang bermain komputer . Ibu bapa harus mengingati kan mereka sudah berapa lamakah mereka sudah memakai internet .

    Nur Ashaqira
    6/5

    ReplyDelete
  21. saya setuju.remaja sepatutnya menggunakan internet kalau diperlukan seperti projek sekolah atau kerja yang dihantar oleh sekolah melalui internet. remaja tidak harus membuat benda-benda yang tidak senonoh. ibu bapa juga harus berwaspada dengan anak mereke jika mereka memasuki internet.

    adib zufar 6-4

    ReplyDelete
  22. Saya tidak setuju dengan artikel ini.Tidak semua orang yang menggunakkan teknologi akan gagal.Ibu/Bapa hanya harus melarangkan anaknya daripada melungsuri benda yang tidak berfaedah.
    Kami boleh melungsuri internet untuk mendapatkan informasi untuk menolong kita dalam kerja rumah.Memang ada berfaedah menggunakkan internet.Ibu/Bapa harus harus melarang remaja melungsuri internet selama dua atau tiga jam sahaja.

    Muhd Yusri 6/1

    ReplyDelete
  23. Saya setuju dengan apa yang dikatakan.Ramai remaja gagal dalam peperiksaan mereka kerana mereka banyak meluangkan masa di internet kerana kini ada pelbagai lelaman web. Ibubapa tidak perlu melarang mereka kerana ada juga benda yang berfaedah dalam internet.Kadangkala guru bahasa dan guru yang lain memberi kerja sekolah untuk buat di internet.Kalau ibubapa remaja ingin melarang mereka terserlah mereka.Kalau remaja ingin melungsuri internet mereka boleh melungsuri internet satu jam ke atas dan tidak lebih dari tiga jam.


    Izyan Sorfina 6/9A

    ReplyDelete
  24. Saya rasa apa yang ditulis di artikel ini betul . Tetapi ,saya tidak berapa setuju dengan beberapa perkara yang ditulis di artikel ini yang mengatakan bahawa ibu bapa harus menghentikan khidmat internet di rumah.Tidak semestinya remaja gagal dalam hidup , mereka akan selamanya gagal.Internet sebenarnya ada faedahnya.Internet boleh memudahkan lagi remaja untuk menyelesaikan tugas sekolah mereka dengan senang dan juga membantu mereka untuk membuat kajian mengenai sesuatu . Remaja seharusnya menggunakan komputer dengan masa yang betul . Kalau remaja ingin melungsuri internet , mereka boleh melungsuri internet tidak lebih dari 2 jam . Shakura Osman , Form:6/8b Mt:6/4

    ReplyDelete
  25. Saya setuju dengan apa yang dikatakan.Remaja sepatutnya melungsuri internet kalau diperlukan seperti projek sekolah, kerja sekolah dihantar olah sekolah melalui internet. Ibu dan ayah pun harus berwaspada atas kelakuan anaknya melalui internet. Akibat kelakuan ini,kerja sekolah mereka turun dan mereka tidak boleh mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan mereka.

    Muhammad Erfyan(6/5)

    ReplyDelete
  26. Saya tidak setuju kerana tidak ada orang yang menggunakan internet akan gagal.Kami swmua boleh menggunakan internet tetapi harus menggunakan dengan masa dalam 1 jam 30minit.Remaja juga mesti melungsuri internet untuk memberitahu tentang apa-apa.

    Adam(6/6)

    ReplyDelete
  27. Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan.Semua remaja sepatutnya menggunakan teknologi dengan membantu mereka dalam pelajaran seperti mencari matlumat dan lain lagi.Remaja harus menggunakan teknologi dengan banyak cara tetapi bukan membuang masa dengan membuat kerja yang berfaedah bagi mereka.

    Nurfarah
    6/8A (MT=6/2)

    ReplyDelete
  28. Saya setuju dengan apa yang dikatakan.Remaja sepatutnya melungsuri internet kalau diperlukan seperti projek sekolah, kerja sekolah dihantar olah sekolah melalui internet. Ibu dan ayah pun harus berwaspada atas kelakuan anaknya melalui internet. Akibat kelakuan ini,kerja sekolah mereka turun dan mereka tidak boleh mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan mereka.

    Syafiqah Ansariah P/A (6/2)

    ReplyDelete