Berikan pendapat anda mengenai apa yang dikatakan oleh penyanyi ini? Setujukah anda? Jika Ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?
Lirik lagu
Liriks/lagu: Aqmal
Geram... geram ajer
buat asap keluar dari telinga
'dahlah malas nak membaca
kini sudah mula lagu 'rojakkan' bahasa
Geram... geram ajer
buat hati degup lincah tak berhenti
markah rendah PSLE
sekolah pun tak habis lagi
jadi beritahu aku nak buat macam mana?
dah suruh berusaha tak jalan-jalan juga
mintak tolong pihak-pihak berkuasa
dikatanya pula, jangan asyik meminta
Geram... geram ajer
dah tak payah puitiskan senikata
masih tak mengerti juga
mencari ilmulah yang paling utama
geram.. geram ajer
hiburan nampaknya yang menjatuhkan
kini lagu dijadikan pesanan
buat generasi muda, buat pelapis bangsa
buat pemimpin-pemimpin hari muka
buat yang menangis, buat yang ketawa
buat yang mengemis dan yang kaya-raya
Jadi beritahu semua kita tak ada masa
jangan maruah tergadai masalah belum selesai
asyik nak cerai-berai, remaja minat bantai
dadah pula merantai, kita masih bersantai
kalau asyik geram ajer pun membuang masa
marilah sama-sama sampaikan pada semua
sayangilah keluarga, cintailah bahasa
ingat pada yang Esa, teruskanlah usaha
jangan asyik nak suka-suka
Geram... geram ajer
senikata tak payah dipuitiskan
kini lagu dijadikan pesanan
buat generasi muda
Tapi kongsilah bersama strategi nak berjaya
semua ada peranan sering saling berpesan
Geram… geram ajer
hiburan nampaknya yang semakin ketara
melalaikan minda
Pada pendapat saya,saya rasa dia hendak beritahu kami yang kami harus berusaha untuk mencapai kerjaya sebelum nanti tiada masa untuk berjaya.
ReplyDeletePada pendapat saya, apa yang hendak disampaikan oleh pnyanyi melalui lagu ini ialah supaya kami, sebagai murid-murid yang sedang belajar, tidak patut meningggalkan pelajaran hanya sebab perkara-perkara yang sedang kami semua alami dalam hidup. Kami juga tidak patut harapkan orang lain untuk membantu dengan semata-mata. Jadi, kami patutlah berusha sendiri dan berdikari.
ReplyDeleteSaya rasa dia ingin memberitahu kami tentang masa hadapan kami.Kami harus berusaha untuk mencapaikan kerjayaan sebelum nanti terlambat dan masa hadapan kami hancur.
ReplyDeleteFarradeela 6/9A
Saya rasa penyanyi ini mengatakan bahawa kami berusaha dan jangan bermain-main kerana pelajaran itu penting dan jangan asyik suka-suka selalu.
ReplyDeleteSiti Nadiah 6/4
Pada pendapat saya, saya rasa penyanyi ini hendak memberitahu kami agar janganlah memikirkan tentang masalah yang sedang kami alami terlalu banyak. Kerana ia akan membuat kami '' Geram Ajer''. Dia pun mahu memberitahu kami bahawa kami harus berusaha untuk mencapaikan kejayaan kami dan cintai ilmu yang diberikan oleh Tuhan.
ReplyDeleteNur Dinnie Bte Nasril 6/5
Pada pendapat saya, Saya setuju dengan apa yang penyayi itu cakap. Kita tidak sepatutnya meminta kepada orang apa yang kita hendak. Kita harus mendapatkannya sendiri dengan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
ReplyDeletePada pendapat saya , penyani ini hendak memberitahu kami supaya berusaha untuk mencapai matlamat kami sebelum ia terlambat . Kami juga harus fokus dalam pelajaran bukan dalam percintaan .
ReplyDeleteNurul Altrishah 6/5
Saya rasa penyanyi ini ingin meyampaikan yang kita harus membuat perkara yang baik seperti belajar,mengulangkaji pelajaran dan banyak lagi tetapi bukan membuat perkara yang yang tidak mendatangkan faedah.
ReplyDeletePada pendapat saya dia inginmenyampaikan mesej untuk mengetepikan masa belajar dan masalah.Dia juga ingin memberitahu kami untuk usaha sekarang sebelum terlambat.Liriknya juga pun bererti dengan kehidupan kami.
ReplyDeleteSyasya Nadhirah Bte Ramle6/5
Pada pendapat saya penyanyi ini hendak menyampaikan mesej untuk mengetepikan masa belajar, masalah dan hendak memberitahu supaya kami berusaha sekarang sebelum terlambat. Selain daripada berusaha,kami harus berdikari juga.
ReplyDelete...Noor ain
6/4
pada pendapat saya, ia hendak memberitahu kami,darjah 6, untuk bersedia sebelum psle kerana masa sengkak. kami harus berusaha dan berdoa kepada tuhan supaya berjaya.
ReplyDeleteadib zufar 6-4
Pada pendapat saya,penyanyi ini ingin memberitahu kita untuk terus berusaha demi masa hadapan.Dengan usaha itu ia boleh membuat seseorang menjadi orang yang berjaya.
ReplyDeleteMuhammad Akashah(kelas 6/4)
Pada pendapat saya, penyanyi ini, Encik Aqmal ingin meyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar. Dia mahu memberitahu kita bahawa pelajaran itu penting kerana ia akan mencorak kehidupan kita masa depan. Dia juga mahu memberitahu bahawa pening kepala terhadap pelajaran tidak guna dan baik untuk belajar. Encik Aqmal juga cuba beritahu bahawa remaja terikat dengan masalah keluarga, remaja bergaduh, remaja tersangkut dalam penagihan dadah. Saya juga setuju bahawa Masyarakat Melayu banyak meminta termasuk yang boleh membeli kereta dan rumah mewah.
ReplyDeleteMuhamad Iskandar dari Kelas 6/3 (Kelas Bahasa Melayu 6/2)
Pada pendapat saya, apa yang hendak disampaikan oleh pnyanyi melalui lagu ini ialah kita tidak sepatutnya tidak harus meninggalkan pelajaran kita sebagai seorang pelajar.
ReplyDeleteMuhammad 'Aqil 6/2
Pada pendapat saya,penulis itu hendak memberitahu kita semua yang kita harus belajar dahulu sebelum bermain.
ReplyDeleteAzhari Azman 6/5
Pada pendapat saya,penyanyi itu hendak memberitahu yang remaja-remaja aman sekarang dan pelajar seperti kami tidak harus putus asa disebabkan masalah yang dihadapi.Masalah seperti membuli,bergaduh di luar sekolah dan dadah disebutkan di dalam lagu itu yang menjadi penghalang untuk berjaya.Dia juga kata yang kami tidak membuat sesuatu untuk mengubah dan hanya harap kerajaan untuk berjaya.
ReplyDeleteDanish Daski 6/2
Pada pendapat saya,Penanyi itu hendak memberitahu kami supaya membuat kerja bersungguh-sungguh kerana nanti kami tiada ada masa untuk berjaya.
ReplyDeleteSirin Rahmat 6/9B
Pada pendapat saya,lagu ini hendak memberitahu kami untuk bersedia awal untuk peperiksaan.Dan juga,menyuruh mendapat markah cemerlang untuk masa depan cerah.Kami harus bersedia sebelum peperiksaan tiba.Dan juga,memberikan kata perangsang untuk peperiksaan PSLE.
ReplyDeleteLuqmanul Hakim 6/8A
Pada pendapat saya, lagu ini hendak memberitahu kami untuk belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga cemerlang dan juga masa itu penting untuk kami menggulangkaji pelajaran untuk peperiksaan PSLE yang akan tiba tidak lama lagi.
ReplyDeletePada pendapat saya, penyanyi ini hendak sampaikan pesanan yang agak berfaedah kepada kita kerana ia telah memberitahu perkara yang harus kita contohi dan perkara yang tidak patut kita contohi. Lagu ini juga memberitahu kita supaya berusaha hingga tercapai.
ReplyDeleteNur,Sahlizah bte Azman 6/6
Pada pendapat saya,penyanyi itu(Aqmal),hendak memberitahu kita bahawa pelajaran itu amat penting kerana pelajaranlah yang akan menentukan jalan hidup kita apabila dewasa kelak.
ReplyDeleteNur Afrina 6/5
Pada mendapat saya , penyanyi ini hendak sampaikan pesanan yang kami harus maju untuk masa depan kami , kami harus berusaha dan tidak boleh malas dan juga memberikan kata perangsang untuk peperiksaan PSLE.
ReplyDeletePada pendapat saya,penyanyi ini hendak memberitahu kami yang pelajaran adalah penting bagi kami dan jangan mudah berputus asa.Penyanyi ini ingin memberitahu kami supaya
ReplyDeleteberusaha dengan lebih untuk mencapai matlamat kami sebelum terlambat.
Nurfarah
6/8A ( MT=6/2)
Pada pendapat saya, apa yang hendak disampaikan oleh pnyanyi melalui lagu ini ialah kita tidak sepatutnya tidak harus meninggalkan pelajaran kita sebagai seorang pelajar.
ReplyDeleteSyafiqah Ansariah P/A (6/2)