Monday, 22 September 2014

Contoh karangan

4 comments:

  1. “ Screeech … ! ”
    Apabila bas yang ditunggu itu tiba di perhentian bas , para penumpang pun beratur lalu menaiki bas itu secara bergilir – gilir .
    Mereka terus lenyap ditelan di dalam perut bas itu setelah pintu automatik ditutup .
    Namun , malang tidak berbau . Hai , nasi telah menjadi bubur . Bas yang berhawa dingin itu tidak dapat dikawal . Ia terbabas lalu melanggar sebatang pokok . Ketika itu , para penumpang dikuasai
    Kegentaran . Resah dan gusar menjamah hati mereka . Meskipun perjalanan mereka untuk ke tempat yang dituju tergendala , mereka khuatir akan keadaan yang mereka berada sekarang .
    “ Honk ! Bang ! Krash ! ” Bunyi hon yang membingitkan itu menusuk tajam ke cuping telinga .
    Kaca di bahagian depan bas dan tingkap kaca di tepi setiap tempat duduk pecah berkecai dan berserpihan di tanah . Pemandu bas itu , Encik Dollah , mengerang kesakitan bagaikan halilintar membelah bumi . Kepalanya terhantuk pada stering dengan kuat dan sedikit serpihan kaca yang kecil itu menggores sebahagian mukanya . Kini kelihatan darah bergumpal – gumpal melimpah dari kepalanya . Mujurlah , serpihan kaca tersebut tidak memasuki matanya . Tetapi , mukanya pucat bak ditoreh tiada darah . Walaubagaimanapun , dia masih bermaya .
    Nasib tidak menyebelahi hampir semua para penumpang . Keadaan mereka seperti dihiris sembilu kerana segelintir daripada mereka mengalami cedera ringan , ada pula yang parah . Kebanyakan daripada mereka merungut bahawa kepala mereka berdenyut – denyut dan tekak berasa loya . Mata mereka berpinar – pinar . Ada yang tidak dapat menahan kepedihan itu lalu pitam .
    Tetapi , perkara yang amat menyayat hati ialah seorang warga tua yang telah tercampak dari tempat duduk . Dia jatuh tersembam jatuh ke lantai . Cermin mata yang tergantung di batang hidungnya turut terlepas . Kepalanya pula berlumuran darah dan ia semakin melimpah . Kedua – dua anaknya terus menghulurkan bantuan kepada bapanya . Muncullah keresahan yang menyeksakan di perdu hati mereka .
    Encik Dollah pun menekan sesuatu butang ang pintu automatik itu terbuka . Para penumpang yang masih terdaya menggontai keluar dari bas itu . Mujurlah , tiada kemalangan jiwa . Orang yang berlalu – lalang di situ telah menyaksikan seluruh ‘ episod ’ yang begitu meruntun jiwa dan perasaan lalu memberikan rawatan kecemasan kepada penumpang yang cedera . Seorang daripada mereka menghubungi pihak ambulans . Selang beberapa minit , semboyan ambulans pun kedengaran dan paramedik mengusung mereka yang harus digegaskan ke Unit Kemalangan and Kecemasan untuk diselamatkan nyawa mereka .
    Harapan Encik Dollah untuk menerima anugerah “ Pemandu yang Cermat ” tidak kesampaian tetapi dia berjanji kepada dirinya agar perkara itu tidak akan berulang lagi .

    Siti Nurfarhanah bte Abas
    Perseverance 6 / 10
    Qihua Primary School

    ReplyDelete
  2. Senja sedang berlabuh . Jalan raya empat lorong itu tumpat dengan kenderaan . Trafik di situ bergerak dengan perlahan – lahan seperti kura – kura . Pemandu – pemandu yang terburu – buru untuk menghambat masa membunyikan hon kenderaan mereka . Apabila jalan raya mulai lengang , semua kenderaan bergerak dengan cepat . Rupa – rupanya , satu kemalangan jalan raya telah berlaku . Kejadian itu membuatku mengimbas kembali peristiwa yang serupa seperti itu .
    Pada malam itu , bulan Syawal menegak di kaki langit dan menyuluh dengan terang – benderang . Kami sekeluarga baharu sahaja pulang dari rumah terakhir yang telah kami kunjungi . Sempena Aidil Fitri yang menjengah kembali , kami telah menziarahi kaum kerabat dan sahabat – handai pada hari yang pertama itu .
    Suasana di sekelilingku hening dan sentosa . Sang Bayu bertiupan sepoi – sepoi bahasa . Abangku , Rizal , sedang memandu menghala ke Pasir Ris . Ketika itu , kami sedang mendengar muzik rock yang dirakamkan di radio . Kerana terlalu ralit mendengar lagu yang membingitkan dan menusuk tajam ke cuping telinga , Rizal tidak dapat sepenuh konsentrasi untuk memandu . Malah , pemanduannya membatasi had kelajuan yang seperti lumrah .
    “ Honk ! Bang ! Krash ! ”
    Dengan mendadak dan tidak diduga ,van Rizal telah berbentrokan dengan sebuah teksi . Dia tidak sempat menekan brek dan vannya tidak dapat dikawal . Lantas , kami sekeluarga keluar dari van . Sewaktu itu , Rizal bagaikan gunung berapi yang telah meletus dan tiada apa – apa pun yang boleh meredakan kegusarannya .
    Aku tercegat dan terpaku ke tanah apabila melihat keadaan van abangku dan pemandu teksi itu yang remuk . Tambahan pula , kelihatan enam buah kereta lagi yang beruntun – runtun terbabit dalam kemalangan tersebut . Terdapat juga pemandu kereta yang terlibat berundur dari tempat kejadian itu .
    Ibuku memberitahu kami agar tidak campur tangan dalam masalah itu yang kini sedang merunsingkan hati Rizal . Resah dan gusar menjamah hatinya . Kami pun mengikut arahannya supaya tidak mengundang kesusahan . Sementara itu , Rizal menghampiri pemandu teksi itu dan menukar butir – butir seperti nama , nombor kad pengenalan dan lain – lain lagi . Dia dan pemandu teksi yang bernama Encik Lim itu tidak mahu berdalih – dalihan kerana tidak ingin berlakunya perbalahan . Selang beberapa minit , Rizal dan Encik Lim pun menghala ke arah tempat yang ditujui .
    Suasana di dalam van ditebar kesepian . Mujurlah , tiada kemalangan jiwa . Bapaku membuka bicara yang terkunci sejak tadi , “ Biar lambat asalkan selamat , tidak akan lari gunung dikejar . Gara – gara tidak saksama , berlakunya sedemikian . ”
    “ Hai , memang betul kata bapa . Kalau aku tidak memburu masa untuk tiba ke rumah awal , tentu van aku tidak hacur macam begini . ” Rizal bermonolog . Sebenarnya , dia mahu pulang awal jadi dia dapat tidur sepuasnya setelah penat lelah . Pendek kata , dia telah mementingkan diri sendiri .
    Rupa – rupanya , aku dibuai kenangan silam yang terpahat di ingatanku . Sekarang , terdapat satu masalah . Van Rizal telah terlanggar sebatang tiang di sebuah tempat perletakan kenderaan ! Rizal mendengus panjang . Mengapakah dia sudah jatuh ditimpa tangga ? Manakala , kami hanya mampu membisu dalam seribu bahasa .

    Dikarang oleh ,
    Siti Nurfarhanah bte Abas
    Perseverance 6 / 10







    ReplyDelete
  3. Usianya akan menjangkau tiga puluh sembilan tahun . Meskipun dia akan menggerutu jika aku membuat kesalahan , kasih sayangku terhadapnya akan kekal abadi dan tidak akan luput , bukan seperti peribahasa “ tidak kekal bunga dikarang ” . Dialah ibuku , yang bernama Zulindah bte Abd . Kadir .
    Ibuku bersifat belas kasihan , penyabar dan berdedikasi . Dia menyemaikan sifat ‘ altruisme ’ mahupun perbuatannya itu membahayakan dirinya . Kenangan silam ini masih tergambar di dalam ingatanku . Waktu itu , ibuku sedang memasak apabila api di dapur gas semakin marak lalu meninggi . Secepat panah kelodan , dia mencakup sehelai kain lusuh lalu mengangkat kuali itu ke tandas . Lantas , dia membuka paip air dan menyembur ke arah kuali itu . Namun , api itu tidak dapat dipadamkan . Ibuku terus menyembur air sekali lagi . Aku tercegat di mana aku sedang berada . Bahang api itu dapat dirasai . Akhirnya , kebakaran itu dapat dikawal . Mujurlah , nasib menyebelahi kami . Semasa ibuku sedang memadamkan api , aku mahu menghulurkan bantuan tetapi dia enggan kerana merbahaya . Walaupun kecederaan ibu tidak parah , tiada kemalangan jiwa . Itulah salah satu sikap ‘ altruisme ’ ibuku yang kuingat .
    Ibuku sanggup melowongkan masanya di sisiku seandainya aku memerlukannya walaupun ia akan memakan masa . Dia acap kali mendidikku menjadi insane yang berdisiplin , bersopan santun dan berwibawa . Dia akan memberikan nasihat yang bernas dan peransang untuk mengukuhkan lagi semangatku . Begitulah pengorbanan ibu terhadapku . Bak pepatah “ hutang emas boleh dibayar , hutang budi dibawa mati ” .
    Ibuku mempunyai beberapa hobi iaitu memasak , bertukang , bersukan dan lain – lain lagi . Aku gemar masakannya yang lazat dan memenuhi cita rasaku . Kadangkala , ibu aktif dan cergas apabila bersukan .
    Setiap insan di bumi ini pasti terdapat kelemahan . Kelemahan ibuku ialah boros membelanjakan kami makan , membeli mainan dan mcam – macam lagi sehinggakan duitnya tinggal sedikit sahaja . Perbuatan inilah membuat ayahku yang kikir itu panas baran . Ibuku pun akan meradang jika adik beradikku mengundang kesusahan yang teramat berat . Apabila dia meledak marah , mulalah dia memukul kami .
    Ibuku merupakan seseorang yang memikul tanggungjawab yang berat dalam keluargaku . Sebab itulah , aku cuba mengentengkan bebannya dengan memberi bantuan kepadanya .
    Syurga di telapak kaki ibu kerana ibulah yang melahirkan kita . Kita harus mentakzimkan ibu dan tidak menjadi bak “ embun di hujung rumput ” .


    Dikarang oleh ,
    Siti Nurfarhanah bte Abas
    Perseverance 6 /10

    ReplyDelete
  4. Memang payah untuk mendapatkan wang dengan senang . Kita harus berusaha mencari nafkah yang halal , misalnya dengan bekerja lembur . Ramai orang mengidamkan kekayaan tetapi ada di antara mereka cenderung terhadap kecurangan dan jenayah . Encik Dollah tidak mempunyai sifat demikian . Dia telah menyemai sifat kelurusan hati di sanubarinya semenjak dari kecil lagi .
    Sang Suria mula mengintai – intai dari celah – celah pohon dan awan yang bertaburan setelah hujan berkemerabai jatuh . Sang Bayu sedang bertiupan sepoi – sepoi bahasa . Encik Dollah memandu teksinya ke arah sebuah perhentian teksi kerana seorang perempuan yang dikenali sebagai Puan Chong sedang menahan teksinya . Puan Chong sedang memimpin kedua – dua orang anaknya .
    Pada mulanya , dia enggan menumpangkan Puan Chong dan anak – anaknya kerana dia mahu melepaskan keletihan dan tekanannya setelah suntuk sehari bekerja . Setelah berfikir dengan mendalam , dia pun berhenti di perhentian teksi itu . Dia menghela nafas yang panjang . Dia tahu bahawa dia terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh dengan onak dan duri . Barangkali , menumpangkan mereka akan membuat perbezaan yang banyak dari segi wang . Lagipun , dia berasa belas kasihan dengan anak – anak Puan Chong . Sejurus kemudian , Puan Chong memasuki teksi itu lalu memberitahu destinasinya kepada Encil Dollah .
    Puan Chong telah pun tiba di destinasi yang ditujuinya itu di Lorong Dua di estet perumahan Toa Payoh . Dia melunaskan bayaran tambang teksinya lalu turun dari teksi itu . Kadangkala , wanita tidak sedar akan cara mereka memegang tas tangan mereka yang akan mengundang kesusahan .
    Encik Dollah sedang dalam perjalanannya ke kedai kopi untuk berehat . Dia mengulum senyuman yang lebar . Akhirnya , pekerjaannya untuk hari itu telah selesai . Semasa dia hendak keluar dari keretanya , dia menoleh ke belakang dahulu untuk memeriksa barang – barang yang barangkali tertinggal oleh penumpangnya . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati sebuah tas tangan di bahagian tempat duduk di belakang ! Dia pun mengambilnya lalu membuka zipnya . Sebelum itu , dia berfikir beberapa banyakkah wang yang terkandung di dalamnya . Matanya terbeliak dan hampir – hampir tersembul keluar apabila mendapati bahawa ia mengandungi beberapa helai wang dan kad kredit . Rupa – rupanya , tas tangan itu kepunyaan Puan Chong . Terbayang di kotak fikirannya untuk mengambilnya . Tetapi , dia tidak mahu mencemari budaya leluhur .
    “ Buat baik berpada – pada , buat jahat jangan sekali . Kita akan dibenci tanpa kejujuran , ” kata – kata itu sentiasa ternginag – ngiang di telinganya .
    Lantas , dia pun menuju ke balai polis yang berhampiran . Sesampainya di situ , dia pun menyerahkan tas tangan kepada pihak berkuasa serta membuat laporan . Polis dapat menghubungi Puan Chong melalui buku alamat di dalam tas tangannya . Sebentar kemudian , Puan Chong tiba di balai polis untuk menuntut tas tangannya . Mukanya yang kelihatan gelisah itu kini setenang air di kali . Puan Chong berjabat tangan dengan Encik Dollah lalu merakamkan ribuan terima kasih di atas kejujuran Encik Dollah . Terpancar rasa kesyukuran di raut wajah Encik Dollah kerana dia tahu bahawa dia seorang yang mempunyai hati yang tulus dan bertanggungjawab , bukan panjang tangan .


    Dikarang oleh ,
    Siti Nurfarhanah bte Abas
    Perseverance 6 / 10










    ReplyDelete