Monday, 23 May 2011

2) Facebook

Facebook mendatangkan masalah. Facebook tidak mendatangkan faedah. Facebook membuat pelajar lalai dan membuat pelajar mengabaikan pelajaran. Ibubapa patut melarang anak mereka daripada menggunakan facebook.Facebook membuat para pelajar lalai dan leka serta mengabaikan pelajaran. Facebook harus ditutup.
Setujukah anda dengan apa yang dikatakan di atas? 
Betulkah facebook melalaikan?
Betulkah ibu bapa / waris patut melarang remaja daripada menggunakan facebook?
Betulkan tiada faedah dalam menggunakan facebook ini? Apa faedahnya?
Apakah cara-cara untuk memastikan remaja dapat mengawal tingkah laku mereka? Apa pula yang patut dilakukan ibu bapa / waris remaja.


Berikan pandangan anda. di dalam kotak di bawah. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu yang sopan dan tertib. Akhiri setiap komentar dengan nama dan kelas anda. 


Contoh :


Saya rasa ......


Abdul Wahub (kelas 6/1) .

30 comments:

  1. Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan .Facebook melalaikan kerana apabila kita mula mengadap Facebook, kita akan asyik bermain dan berbual sahaja dan lupa semua benda . Kita akan terlupa untuk mungulangkaji dan membuat kerja rumah . Kita juga akan lupa masa dan tidak sedar bahawa kita telah bermain Facebook hingga tengah malam. Apabila kita berhenti bermain,kita berasa letih dan kurang tidur. Esok harinya kita akan rasa letih dan tidak boleh mengumpukan pelajaran. Saya rasa ibubapa memberi anaknya untuk bermain Facebook kerana di Facebook kita dapat berinteraksi dengan kawan lama dan seluruh dunia tetapi mereka harus mengawal anak supaya tidak bermain Facebook terlalu lama dan memberi masa untuk berhenti supaya mereka berhenti sebelum masa tidur. Saya rasa ibu bapa juga melihat siapa kawannya di Facebook supaya kita tahu siapa selalu anak mereka berbual dengan. Saya rasa Facebook tidak sepatutnya ditutup.
    Muhammad Asri Bin Ramli(kelas 6/3)

    ReplyDelete
  2. Saya amat setuju akan apa yang dikatakan. Facebook amat melalaikan.
    Ia membuat remaja berjam-jam di hadapan komputer.
    Remaja akan tertarik dan terhibur sepanjang mereka berada di facebook.
    Ia dapat merapatkan hubungan remaja sesama rakannya.
    Apabila remaja di alam cyber seperti facebook untuk berjam-jam mereka tidak akan makan dan akan menjejaskan kesihatan.
    Boleh juga berlaku apabila remaja berjam-jam di Facebook, mereka akan meninggalkan tidur mereka untuk berada di dalam Facebook
    Mereka akan berasa letih lalu tidak menumpukan pelajaran
    Ia dapat menjejaskan pelajaran mereka.
    Ibu bapa tidak sepatutnya melarang tetapi ibu bapa harus memberi masa yang sesuai kepada remaja-remaja untuk berada di Facebook
    Walaupun kita membuang masa kita di alam cyber seperti Facebook, faedah Facebook ialah boleh merapatkan silaturahim antara kawan supaya pergaduhan boleh dielakkan kerana pada masa kini banyak pergaduhan remaja berlaku dan dapat membunuh seseorang.
    Remaja sepatutnya tidak meletakkan kata-kata kesat.
    Apabila kata-kata kesat terkeluar di facebook, mereka yang diejek boleh rasa terkesan akan kata-kata kesat itu.
    Mereka akan tersinggung.
    Facebook tidak sepatutnya ditutup tetapi ibubapa harus memantau remaja dan remaja harus juga bersikap tanggungjawab.

    Radin Andika Bin Radin Kamaruzaman(Kelas 6/3)/(Kelas Melayu:6/2)

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan apa yang dikatakan.Apabila kita mengadap Facebook,kita akan terlupa semua benda yang harus dilakukan seperti mengulangkaji pelajaran.tidur,membuat kerja rumah dan bermain sampai larut malam.Ibubapa tidak harus melarangkan remaja daripada menggunakkan facebook kerana jika mereka ad apa-apa kerja sekolah atau sebagainya,mereka boleh meminta bantuan daripada rakan mereka.Facebook ada faedah untuk kita berinteraksi dengan rakan atau sepupu yang berada di luar negara.Ibubapa harus mendapat tahu siapa yang anak mereka berbual dan bermain facebook.

    Ahmad Sufi Ismail 6/5

    ReplyDelete
  4. saya setuju akan apa yang dikatakan.Facebook sangat melalaikan orang -orang yang asyik mengadapnya.ibu bapa patut melalaikan anak-anaknya untuk mengadapnya setiap hari.Tetapi jika seseorang tidak hadir ke sekolah pada hari itu dan hendak menelefon rakannya,dia boleh membuka facebook dan bertanya kepada rakannya.Saya rasa ibu bapa harus menjenguk anaknya beberapa kali untuk memastikan dia membuat benda yang betul dan melihat kepada rakan yang anaknya sedang berbual.Saya rasa Facebook tidak sepatutnya untuk ditutup


    Muhd Fikri Izdihar 6/4

    ReplyDelete
  5. Saya amat setuju degan apa dikatakan.Pelajar-pelajar selalu main komputer lelaman facebook lalu terlupa untuk belajar atau buat kerja sekolah. Tetapi facebook boleh membuat kami seronok dan gembira. Ia mengeluarkan tekanan dalam minda. Ia pun menolong apabila kami tidak tahu apa yang harus dibuat untuk projek. Kami boleh bertanya rakan-rakan komputer. Jika kami ada masalah , kami boleh bercakap dengan rakan sebagai peribadi. Facebook tidak sepatutnya ditutup kerana apabila facebook ditutup , kami cuma menggunakan telefon sahaja untuk berinteraksi bersama rakan.

    Muhammad Hafiz Bin Mohd Sariff 6/4

    ReplyDelete
  6. Saya teramat setuju dengan artikle tersebut.Fcebook melalaikan kami.Kami selalu bermain Facebook lalu terlupa untuk membuat kerja sekolah.Kami akan terikut-ikut dengan menggunakan Facebook setiap hari.Tetapi Facebook menenangkan kami daripada tekanan phisical dan mental.Facebook dapat memberikan kan kami peluang untuk berinteraksi bersama rakan-rakan yang lain dan juga dapat memberikan informasi-informasi terkini.

    Farradeela 6/9A

    ReplyDelete
  7. saya setuju dengan apa yang dikatakan di atas.Tetapi pada pendapat saya,Facebook pun ada mendatangkan faedah kerana kita dapat berinteraksi dengan saudara-mara atau kawan-kawan yang berada di luar negara.Facebook melalaikan kerana ia membuat pelajar mengabaikan pelajaran dan ini pun sebabnya pelajar-pelajar tidak mendapat markah yang memuaskan dalam peperiksaan.
    Saya fikir cara-cara yang patut di lakukan ibu bapa/waris remaja ialah mereka harus mengetahui apa yang telah dialami oleh pelajar-pelajar tersebut agar pelajar-pelajar tersebut tidak sembarangan memarahi orang di lelaman yang dikunjungi ramai orang.

    Novia Iriana 6/3(F) 6/2(MT)

    ReplyDelete
  8. Ya, saya setuju dengan apa yang dikatakan di atas. Betul Facebook melalaikan.Ia melalaikan pelajaran kami dan perangai kami.Betul kerana jika ibubapa/waris tidak melarang remaja dari pada menggunakan Facebook, remaja akan melalaikan pelajaran, tidak lulus dalam peperiksaan dan juga tidak mngambil perhatian di dalam pelajaran. Tiada faedah yang kami dapat dari Facebook kerana dalam Facebook hanya ada mainan yang membuat kami lalai. Cara-cara untuk pastikan remaja dapat mengawal tingkah laku mereka ialah membuang masa bersama keluarga dan menikmati masa bersama kawan-kawan. Ibubapa juga harus memahami perasaan remaja, membual-bual bersama remaja untuk memahami perasaan mereka danmeluangkan masa bersama mereka.
    Siti Nadiah 6/4

    ReplyDelete
  9. Ya,saya amat setuju dengan apa yang dikatakan. Facebook memang melalaikan kerana ia menganggu kami apabila kami mahu menelaah atau belajar. Kami pun akan memandang lelaman itu pada masa yang lama. Memang betul untuk ibu/bapa melarang remaja untuk menggunakan Facebook tetapi boleh juga kalau kami cuma memggunakan Facebook untuk satu jam dan bukan lebih. Kami harus sedar masa kami kerana masa amat penting. Faedah dalam Facebook hanya cuma boleh berinteraksi dan merapatkan hubungan kami bersama kawan-kawan kami. Kami harus bertanggungjawab dengan masa kami di Facebook. Cara-cara untuk memastikan remaja dapat mengawal tingkah laku mereka adalah mereka meluangkan masa bersama keluarga lebih daripada dengan Facebook/Internet. Ibu/bapa harus memberi anaknya peluang untuk berinteraksi bersama kawan-kawan mereka di Facebook tetapi tidak terlalu lama kerana boleh menganggu pelajaran mereka.

    Nur Dinnie Bte Nasril 6/5

    ReplyDelete
  10. Ya , saya setuju akan apa yang dimaklumkan . Facebook melalaikan kerana kita akan terlupa untuk mengulangkaji perkara sekolah dan kita juga akan menjadi malas untuk membuat kerja sekolah kerana sudah ketagih akan facebook . Saya rasa ibu bapa tidak harus melarang remaja daripada menggunakan facebook kerana kita boleh berinteraksi bersama rakan dan juga saudara-mara . Kita juga boleh memberitahu rakan kita tentang informasi yang cikgu kita katakan apabila mereka tidak hadir ke sekolah . Dengan penjelasan ini , saya rasa menggunakan facebook amat faedah . Remaja harus berhati-hati dengan perkataan yang mereka guna di facebook . Mereka tidak boleh menggunakan perkataan yang kesat kerana ia boleh membuat orang lain tersinggung . Ibu bapa harus memberi amaran kepada anak mereka supaya tidak memberi informasi - informasi yang amat peribadi kepada orang yang tidak kita kenal .

    Nurul Altrishah 6/5

    ReplyDelete
  11. Saya amat setuju dengan apa dikatakan.Lelaman Facebook amat melalaikan kerana kami akan lupa apa yang sepatutnya kami lakukan daripada menghadap komputer sahaja.Dengan masa itu kami boleh melakukan pelbagai benda sepeti menelaah pelajaran membuat dan kerja rumah/sekolah.Ibu/Bapa tidak harus selalu melarang anak/anaknya untuk guna Facebook.Dengan lelaman Facebook ini kami boleh dapat berita terkini dan maklumat.Ibu/Bapa seharusnya memberi anak-anak mereka masa yang tertentu untuk gunakan komputer dan belajar.

    ReplyDelete
  12. Saya amat setuju dengan apa dikatakan.Lelaman Facebook amat melalaikan kerana kami akan lupa apa yang sepatutnya kami lakukan daripada menghadap komputer sahaja.Dengan masa itu kami boleh melakukan pelbagai benda sepeti menelaah pelajaran membuat dan kerja rumah/sekolah.Ibu/Bapa tidak harus selalu melarang anak/anaknya untuk guna Facebook.Dengan lelaman Facebook ini kami boleh dapat berita terkini dan maklumat.Ibu/Bapa seharusnya memberi anak-anak mereka masa yang tertentu untuk gunakan komputer dan belajar.

    Syasya Nadhirah6/5

    ReplyDelete
  13. Saya Setuju apa yang dikatakan di atas, ia melailaikan jika orang itu bermain facebook dengan lama.Ibu bapa harus melarang mereka yang bermain facebook dengan lama kerana ia boleh membuat anak mereka terlupa hendak makan,mandi dan terlupa membuat kerja sekolah.Facebook ada faedahnya. Faedahnya ialah ia boleh mengenangkan kita dan menghilangkan tekanan apabila bersembang dengan kawan kawan kita.Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi anak kita bermain facebook selama 1 jam dan melihat apa yang anak mereka sedang lakukan.

    Baqir Bin Muhamad (6/9A)

    ReplyDelete
  14. Saya setuju dengan apa yang dikatakan. Apabila kita mengadap Facebook,kita akan terlupa tentang pelajaran. Ibubapa tidak harus melarangkan remaja daripada menggunakkan facebook kerana jika mereka ada apa-apa kerja sekolah atau sebagaianya,mereka boleh meminta bantuan daripada rakan mereka.tetapi facebook tidak seharusnya dimatikan kerana remaja boleh berinteraksi dan berkumunikasi dengan rakan atau sepupu .Facebook juga boleh mengeluarkan tekanan dalam minda dan tekanan phisical dan mental.

    ...Noor Ain
    6/4

    ReplyDelete
  15. Saya setuju apa yang dikatakan.Facebook melalaikan orang kerana ia boleh membuat seseorang itu melupakan semua benda seperti membuat kerja sekolah.Seseorang itu pun boleh bermain hingga larut malam jika tiada sesiapa yang menyuruh orang itu untuk berhenti.Ibubapa tidak seharusnya melarang anak mereka daripada menggunakan Facebook.Pengunaan Facebook ini ada faedahnya seperti mengetahui perkara -perkara terkini.Ia juga boleh membuat kita untuk berinteraksi dengan orang ramai.Remaja tidak seharusnya mudah terpengaruh kerana ia boleh membawa masalah.Ibubapa juga harus memantau anak mereka.
    Muhammad Akashah(kelas 6/4)

    ReplyDelete
  16. Saya tidak beberapa setuju dengan apa yang dikatakan di artikel ini. Sebenarnya Facebook membawa banyak faedah cuma remaja salah gunakan kemudahan ini. Contoh faedah-faedah itu adalah menerima berita terkini, berinteraksi bersama rakan, ahli keluarga dan saudara yang tinggal jauh dan mungkin di luar negara. Kita juga boleh luahkan perasaan di Facebook. Tetapi menggunakan Facebook juga merbahayakan. Ada yang cuba menceroboh masuk satu akaun orang dan mengunakan kata kesat kepada kawan akaun Facebook. Remaja juga menyalah guna Facebook untuk buli kawan seperti dengan mengatakan bahawa dia bodoh atau perkara yang tidak benar tentangnya. Tetapi perbuatan ini berkurangan kerana ia menjadi sesuatu jenayah dan boleh dipenjarakan. Ibu bapa pun boleh memantau anak mereka yang menggunakan Facebook. Sekarang banyak pelajar Sekolah Rendah sudah mempunyai akaun Facebook seperti saya sendiri. Umur seseorang yang boleh membuka akaun Facebook adalah 13 tahun ke atas. Pemerhatian kepada remaja menggunakan Facebook amat diperlukan.

    Muhamad Iskandar dari Kelas 6/3 (Kelas Bahasa Melayu 6/2)

    ReplyDelete
  17. Saya tidak beberapa setuju dengan kata-kata diatas.Memang Facebook boleh melalaikan kami tetapi Facebook ada faedahnya.

    Remaja menggunakan Facebook untuk menenangkan fikiran mereka dan 'just have fun' katakan orang.

    ReplyDelete
  18. Naufal Zulhilmi (6/5)

    ReplyDelete
  19. Saya tidak beberapa setuju dengan apa yang dikatakan di artikel itu. Facebook ialah lelaman web yang sering digunakan oleh para remaja. Ia digunakan untuk merehatkan minda kita supaya kita tidak mempunyai tekanan. Dari pandangan saya, saya rasa para remaja yang salah meggunakan Facebook. Malah, mereka menggunakan bahasa yang kesat sesama rakan-rakan mereka. Daripada itu, semakin banyak kes seperti membuli dan banyak lagi telah berlaku. Ibubapa mungkin tidak ketahui hal ini.Mereka sepatutnya lebih prihatin terhadap anak-anak mereka. Dengan begitu, mereka tahu pergaulan anak mereka di dalam alam siber. Bagi saya, saya akan berkawan dengan orang yang saya kenal sahaja di Facebook. Saya juga berkawan dengan ibubapa saya di Facebook supaya ibubapa saya kenali lebih kawan-kawan saya. Terserlah kepada ibubapa untuk melarang anaknya daripada menggunakan Facebook segi kepercayaan. Faedahnya menggunakan Facebook ialah kita dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan-kawan yang jauh dari tempat kita.

    Siti Nurhanis kelas bahasa melayu(6/3)

    ReplyDelete
  20. saya amat setuju.facebook boleh melalaikan kami.ia juga tidak berfaedah. di facebook, kami hanya menghiburkan bersama rakan-rakan. hubungan kita bersama rakan akan dieratkan. kalau kita asyik bermain di facebook, hubungan dengan keluarga akan dijauhi. kita sering bersama keluarga. sepatutnya, kita harus bermain di facebook selama satu jam. selepas bermain, kita boleh berborak-borak bersama.kita juga harus bertanya dengan ibu bapa. ibu bapa juga harus berhati-hati dengan kami. kita harus pilih kawan yang dikenali. ibu bapa akan melarang bermain pada hari peperiksaan dan sebelum habiskan kerja sekolah.

    adib zufar 6-4

    ReplyDelete
  21. Ya, saya setuju dengan apa yang dikatakan di atas. Sebenarnya, kami boleh menggunakan Facebook cuma kadang-kala kami tersalah gunakan. Saya cadang, sesiapa yang ingin mengadakan akoun Facebook haruslah berusia lebih daripada 13 tahun. Murid Sekolah Rendah tidak sepatutnya ada akoun Facebook kerana macam-macam hal boleh terjadi. Hal pertama ialah, mereka malas ingin membuat kerja rumah dan juga lalai dalam pelajaran mereka. Facebook juga boleh membuat masalah yang besar. Orang-orang yang kami tidak kenal juga boleh melihat atau menyimpan gambar-gambar kami yang telah kami muat turunkan ke lelaman Facebook. Untuk menjauhkan perkara tersebut terjadi, kami harus menutup lelaman Facebook atau haramkan seseorang itu untuk pergi ke web itu. Perkara yang bagus atau berguna ialah kami boleh berborak-borak bersama saudara yang tinggal jauh daripada kita. Kami juga boleh bermain bermacam-macam permainan yang tersedia di Facebook. Permainan itu juga amat menarik tetapi tidak semua permainan itu bagus atau sesuai untuk murid-murid seperti saya. Siapa saja yang ada akoun Facebook haruslah segera hapuskannya. Selagi kami ada akoun Facebook, selagi itu kami tidak akan menumpukan perhatian dalam pelajaran.

    Puteri Nur Firdaleez 6-9B

    ReplyDelete
  22. Saya setuju dengan kata-kata itu.Facebook harus ditutup dengan segera. Pelajaran amat penting bagi kami.Kami harus fokus pada pelajaran kerana ini akhir tahun bagi kami.Jangan kami meyesal di akhirnya,biar menyesal sekarang.Ibu bapa pun harus berwaspada kepada anak-anak mereka.Saya hanya menasihati awak semua tetapi itu peluang awak jika awak hendak mendengar nasihat saya. Nurul Nikkisya 6-9B

    ReplyDelete
  23. Saya setuju dengan kata-kata itu.Kami tidak dapat fokus dalam pelajaran kerana kami asyik hendak melungsuri Facebook.Kami sepatutnya belajar dengan rajin.Jika kami hendak melungsuri internet,kami boleh melungsurinya setelah tamat peperiksaan akhir tahun.'Abid Hassan 6/8A

    ReplyDelete
  24. Saya setuju dengan apa yang telah diperkatakan di dalam rencana itu.Dengan Melunguri Lelaman Facebook,kami akan menjadi lalai dan tidak memberi perhatian semasa guru sedang mengajar.Facebook juga membuat kami berasa malas untuk belajar dan ia juga membuat kami tidak fokus.Ibu bapa pelajar harus melarang anak mereka daripada melungsuri lelaman Facebook kerana melungsuri lelaman Facebook akan menjejas keputusan peperiksaan kami.Saya setuju bahawa melungsuri lelaman Facebook tiada faedahnya kerana mengunakan Facebook adalah untuk bercakap dengan rakan-rakan,mencari saudara mara dan bermain permainan lelaman Facebook.Jika Facebook ada faedahnya,ia adalah dapat menolong seseorang mencari sesuatu.Saya cadangkan agar ibu bapa pelajar harus meluangkan masa mereka dengan anak.Saya pun cadangkan agar untuk tidak memberi anak mereka melungsuri lelaman Facebook kerana melungsuri lelaman Facebook akan menjejas keputusan peperiksaan pelajar

    Muhammad Naufal Azlin 6/8A

    ReplyDelete
  25. Saya tidak berapa setuju dengan kata-kata itu. Facebook boleh digunakan untuk merehatkan minda kita supaya kita tidak mempunyai tekanan. Tetapi Facebook pun boleh merbahayakan apabila kami bermain di Facebook pada masa yang lain. Kami seharusnya melungsuri Facebook tidak lama dari satu jam.


    Hizaruddin (6/6)

    ReplyDelete
  26. Ya,saya setuju dengan lelaman ini.Ia tidak mendatangkan faedah dan ia membuangkan masa saya.Saya lebih baik belajar atau membaca buku daripada bermain facebook.Tetapi saya tidak setuju yang ibu bapa harus melarangkan kami bermain facebook kerana ia boleh merehatkan minda kami selepas berlajar bersungguh-sungguh.Mereka harus mengawasi sahaja apa yang kami telah membuat di facebook dan kami seharusnya memberi kata laluan kami kepada ibu bapa kami.Itu juga sebabnya facebook tidak harus ditutup.


    Amirah Humaira' (6/6)

    ReplyDelete
  27. Ya,saya setuju dengan apa yang dikatakan.Facebook tiadak mendatangkan faedah.Facebook hanya membuang masa sahaja.Jika saya tidak bermain Fcaebook,saya ada banyak masa untuk mengulangkaji dan selai itu saya boleh membaca buku dengan tidak memikir tentang apa apa pun,tetapi,ibu bapa tidak seharusnya melarang anak mereka untuk bermain Facebook.Kadang-kadang,Facebook dapat merehatkan minda kita dengan permain-mainan yang terdapat di situ.Itu salah satu sebab Facebook tidak seharusnya tutup.

    Nadya Ifira (6/2)

    ReplyDelete
  28. Ya,saya setuju dengan apa yang dikatakan.Facebook memang tidak berfaedah.Kami boleh melungsuri Facebook tetapi kami juga harus meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran.Melungsuri Facebook tidak semestinya tidak berfaedah kerana dengan melungsuri Facebook,kami dapat berkomunikasi dengan cara yang lebih ringkas. Aisyah Bte Rashid (6/7)

    ReplyDelete
  29. Saya tidak berapa setuju dengan apa yang telah dikatakan. Facebook ada juga mendatangkan faedah. Facebook juga kadang-kadang membuang masa sahaja. Tetapi kami boleh membuat kerja rumah dengan rakan kami melalui facebook, menerima berita yang terkini, dan juga berinteraksi dengan ahli keluarga. Tetapi jika saya tidak bermain facebook, saya mungkin akan ada banyak masa untuk membuat kerja rumah saya. Saya rasa yang ibu dan bapa tidak seharusnya melarang anak mereka bermain facebook kerana Facebook boleh merehatkan minda anak-anak dengan bercakap dengan rakan-rakan. itulah salah satu sebabnya Facebook tidak seharusnya ditutup.
    Syafiqah Ansariah P/A (6/2)

    ReplyDelete
  30. Saya tidak terlalu setuju.Kadangkala Facebook boleh mendatangkan seperti kita boleh berkenalan dengan ramai kenalan.Saya rasa setiap alpikasi mempunyai kebaikan dan keburukan.Sama juga seperti instragram,tik tok dan lain.

    ReplyDelete