Sunday, 14 August 2011

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu menaiki pengangkutan awam

Saya selalu menaiki pengangkutan awam. Saya suka menaiki pengangkutan awam kerana ia bergerak dengan cepat dan saya boleh bergerak ke mana-mana di Singapura dalam masa yang singkat. Pengangkutan awam juga mengenakan harga yang berpatutan.

Ada satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Ketika itu saya berada di dalam kereta api gerak cepat. Saya sudah berdiri di dalam kereta api itu selama sepuluh minit. Beberapa minit kemudian, saya mendapat sebuah tempat duduk yang kosong. Saya segera menuju ke arah tempat duduk itu. Dengan tidak semena-mena, seorang budak lelaki yang agak-agak berumur tujuh tahun, berlari ke tempat duduk itu lalu duduk. Saya terperanjat dan tecegat di hadapan budak lelaki itu. Saya tergamam dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan atau katakan kepadanya.

Pada pendapat saya budak lelaki itu sepatutnya lebih sopan jika hendak tempat duduk itu. Saya tidak begitu menyalahkannya kerana dia hanya berumur tujuh tahun dan saya pula lebih dewasa. Lama-kelamaan saya akur yang saya perlu memberikan tempat duduk itu kepadanya. Itulah pengalaman saya menaiki pengangkutan awam.

Aqil 6/2

1 comment: