Monday, 15 August 2011

Contoh karangan :

Karangan gambar:2
                  Suasana jalan raya di depan sekolah sungguh sesak.Jalan raya sesak dengan kereta dan motosikal yang hendak menuju ke destinasi masing-masing.Ada yang  menghantar anak-anak mereka ke sekolah berdekatan dengan jalann raya iaitu Sekolah Rendah Qihua.Setiap hari,sekolah itu akan menjadi sesak kerana dikunjungi ibu bapa yang hendak menjemput anak-anak mereka.Aku pun selalu berjalan kaki untuk ke sekolah kerana ibu bapaku terlalu sibuk untuk ke tempat kerja masing-masing apatah lagi rumahku berdekatan dengan sekolah itu.
                 Aku bangun awal pada pagi itu.Aku harus ke sekolah awal keraa aku haarus berjumpa denga guru disiplin,Puan Wong.Aku harus bertemu dengan Puan Wong kerana dia ingin memberikanku tugasan seorang pengawas.Cuaca pada hari itu sungguh dingin dan anginn bertiup bersepoi-sepoi bahasa.Aku dan kanak-kanak lain melintas jalan raya yang penuh dengan kereta.Sedang aku melintasi jalan raya,aku ternampak Cikgu Siti, guruku,sedang melintasi jalan raya di hadapanku.Semua yang ingin melintasi jalan raya boleh melintasinya dengan mudah dengan adanya Pak Mat yang mengawal pergerakan kereta dan kanak-kanak yang ingin melintasi jalan raya.
                 Aku mempercepatkan langkahku dan terus ke sekolah menuju ke bilik guru disiplin.Setelah berjumpa dengan Puan Wong,aku pun ke kelas tepat pada waktunya iaitu masa mulanya pelajaran Bahasa Ibunda.Di dalam kelas,Cikgu Siti mengajar kami,murid-murid dalam kelas cara-cara dan teknik-teknik menulis karangan.Cikgu Siti adalah seorang guru yang aku gemari dan sayangi kerana orangnya lembut dan dia seorang guru yang berdedikasi.Raut wajahnya yang putih dan mulutnya petah berbahasa Melayu.Itu membuatku berasa kagum kepadanya kerana mengajar kami Bahasa Melayu dengan baik.Setelah sesi pelajaran sekolah tamat pada hari itu,aku pun segera pulang.Semasa aku menyeberangi jalan raya,aku ternampak Cikgu Siti sekali lagi tetapi kali ini,dia berdiri bersebelahan denganku.Dia pun berbual denganku.Tiba-tiba,kertasku telah terjatuh dari failku dan angin bertiup dengan kencang sehingga membuat kertasku terbang ke jalan raya.
                  Lantas,aku segera berlari dan cuba untuk mengambil kertasku.Aku tidak menghiraukan keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan.Cikgu Siti memekik-mekik memanggilku.Dia menyuruhku untuk berhenti.Orang-orang yang berada di sekelilingku terkejut melihat reaksi guruku.Aku bernasib baik untuk berhenti dan hanya luka sedikit di kaki kerana terjatuh.Air mataku mula membasahi kelopak mataku yang sepet.Guruku lalu menolong dan membawaku kembali ke sekolah untuk merawat kakiku.Aku sedar bahawa aku tidak sepatutnya melakukan begitu.Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada guruku.Aku baru mengerti betapa pentingnya guru yang berdedikasi dan lembut malah ambil berat terhadap anak muridnya.Itulah guruku yang aku sangat kagumi,Cikgu Siti.
Qurratu’aini 6/1

No comments:

Post a Comment