Saya pernah menyaksikan sebuah konsert. Konsert itu diadakan di sekolah sempena Hari Guru. Pada hari itu saya dan kawan-kawan saya melihat rakan-rakan lain membuat persembahan. Terdapat ramai ibu bapa yang dijemput untuk konsert itu. Mereka kelihatan gembira. Saya telah disuruh untuk merakam video semasa persembahan konsert itu.
Ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan. Apabila saya sedang merakam video, saya terlihat salah satu dari rakan yang membuat persembahan terjatuh dan kakinya berdarah. Saya berasa kasihan melihatnya. Saya segera membantu dan membawanya ke pejabat untuk menelefon ibubapanya.
Pada pendapat saya budak itu harus berhati-hati semasa membuat persembahan. Jika tidak berhati-hati dia boleh cedera,.
Itulah pengalaman saya menyaksikan sebuah konsert.
Aisyah Rosli 6/9B
No comments:
Post a Comment