Saya pernah makan di sebuah restoran. Restoran itu terletak di Pusat Membeli Belah Causeway Point. Saya pergi bersama keluarga saya. Pada hari itu, saya tidak bersekolah dan ibu bapa saya pula tidak bekerja. Kami menaiki bas untuk ke sana. Apabila kami tiba di sana, terdapat ramai orang di sana. Keadaan amat sesak.
Saya terhidu bau makanan yang enak membuatkan saya lebih lapar dan tidak sabar untuk makan. Oleh kerana kesesakan di situ, amat susah untuk mencari tempat duduk. Nasib baik kami mendapat sebuah tempat duduk. Ibu saya pun memesan air sementara bapa saya memesan makanan. Saya pula duduk menunggu di meja yang telah kami pilih. Sedang saya menunggu, saya ternampak seorang budak kecil yang sedang membawa sedulang makanannya. Budak itu cuba memegang dulang itu dengan berhati-hati. Saya lihat di tidak begitu kuat untuk mengangkat makanan itu. Dia pun terlepaskan pegangannya menyebabkan dulang itu terjatuh. Habis makanan itu tertumpah dan baju budak itu pun kotor. Nasib baik makanan tidak begitu panas. Kalau tidak tentu tangannya akan melecur.
Orang ramai mula melihat budak itu. tiada orang yang ingin menolong nya. Saya pun menawarkan pertolongan. Saya menghantarkannya ke ibu bapanya. Pada pendapat saya, budak itu tidak patut membawa makanan itu kerana dia masih kecil untuk mengangkat barang berat. Sepatutnya ibu bapanya yang perlu mengangkat makanan itu. Sekiranya ibu bapanya yang mengangkat makanan itu, sudah tentu kejadian itu tidak berlaku.
Itulah pengalaman saya makan di sebuah restoran.
Asri 6/3
No comments:
Post a Comment