Karangan(Soalan 8)
Matanya bulat. Bulunya berwarna jingga. Bulunya sangat lembut sekali. Ia gemar sekali bermain kejar-kejar. Itulah kucing peliharaanku,
Cinta namanya. Aku terimbas kembali suatu kejadian yang berlaku semalam.
Aku sedang duduk di kerusi, di dalam bilikku. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi. Aku berasa bosan. Tiada benda pun yang boleh aku
Lakukan. Hanya kedengaran bunyi kipas yang ligat berputar-putar di ruang bilikku. Aku pun bercadang untuk pergi bersiar-siar di taman
berdekatan dengan rumahku bersama Cinta.
Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus perlahan seolah-olah ingin menyapa pipiku yang lembut. Di tanganku, Cinta sedang berehat, menikmati
pemandangan di sekeliling taman itu. Sekonyong-konyong, aku ternampak Alisya, rakan lamaku semasa di sekolah rendah dahulu. Bertubuh
sederhana dan memiliki sepasang bola mata yang bulat, kehitaman, beralis lentik serta kedua-dua ulas bibirnya yang nipis sederhana, orang yang
ternampak Alisya pasti akan terpukau. Itulah kawanku, Alisya. Selama dua tahun tidak bertemu, perasaan rindu kepada Alisya mula terbuku di
hatiku. Kami pun mula bersembang. Kami berbual-bual tentang banyak perkara . Tanpa disedari, Cinta telah terlepas daripada tanganku!
Aku dan Alisya mula mencari Cinta. Alangkah malangnya nasibku, Cinta tidak dapat ditemui. Aku pun dengan hibanya, pulang ke rumah.
Aku menyesal. Mengapa aku cuai? Ke manakah Cinta pergi? Adakah Cinta selamat? Soalan-soalan aku bertanya kepada diriku. Cinta, dialah
makhluk ciptaan Allah yang selalu menemaniku apabila aku bersendirian. Walaupun ia hanya seekor kucing, tetapi, ia amat penting dalam hidupku.
Kepada Cintalah aku meluahkan perasaanku. Dengan hanya memandang wajah comel Cinta sahaja, aku akan menjadi ceria jika aku sedih.
Sudah dua hari berlalu, tiada sebarang berita pun tentang Cinta. Aku berasa sangat sedih. Aku hinggakan tiada selera pun untuk makan.
Pada hari itu, aku bercadang untuk pergi mencari Cinta. Aku pun keluar dari rumah dan menuju ke lif. Selepas menekan butang tingkat satu, lif itu
pun mula bergerak. Semasa aku sedang keluar, aku terpandang kepada notis yang ditampalkan di sebelah lif. Aku pun melompat tand agembira
apabila melihat gambar Cinta terpampang di notis itu. Dengan segera, aku mengeluarkan telefon bimbit untuk menelefon orang yang telah
menjumpai Cinta. Setelah dapat berkomunikasi dengan orang itu, dia telah menyuruh aku tunggu di taman permainan berdekatan dengan rumahku
untuk memulangkan Cinta kepadaku. Dengan riang sekali, aku pun menuju ke taman permainan itu dengan pantas. Aku pun menunggu dengan
ghairah sekali.
“Cinta!” aku memekik nama kucingku sebaik sahaja terlihat kelibat Cinta.
Titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut mataku, tanda gembira. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah
menjumpai Cinta. Aku mendakap Cinta. Aku pun beredar dari situ lalu pulang ke rumah. Aku memegang Cinta dengan erat sekali. Aku berjanji
akan menjaga Cinta dengan baiknya dan aku juga berjanji untuk membuang sikap cuaiku.
Nur Afrina Atiqah(6/2MT)(6/5F)
Buku PSLE:Soalan 8
ReplyDeleteBeberapa titik manik jernih mengalir dari dahiku.Aku berasa sunggguh panas.Bahang kepanasan terasa di tengkukku.Sang suria telah memancarkan sinarannya.
“Emak,Alya pergi berjalan bersama Comel ya,”aku berkata kepada ibuku.
Aku ingin mengambil angin di taman dan bersiar-siar bersama kucingku,Comel.Sudah lama aku tidak membawa Comel pergi berjalan.Aku lantas bangun dari bangku dan bersiap-sedia untuk membawa kucingku ke taman.Alangkah segar dan berangin kawasan taman itu.Tiupan angin menghembus sehinggakan ke pipiku.Kawasan taman ini sungguh redup,tiada rasa bahang pun.Sungguh tenang dan aman meihat tasik yang dipenuhi ikan itu.Sedang aku berjalan,aku terserempak dengan seseorang yang aku kenali.Tiba-tiba aku teringat bahawa dia adalah rakan dari sekolah rendahku.
Aku menghampirinya dirinya lalu menyapanya.Memang benar, dia adalah Siti.Siti merupakan sahabat karibku semasa di bangku sekolah.Kami ibarat belangkas.Ke mana sahaja aku pergi,Siti pun turut juga.Semasa aku menyapanyaSiti kelihatan terkejut.Siti tidak menyangka bahawa dia dapat berjumpa denganku sekali lagi.Selepas tamat sekolah rendah kami,kami tidak lagi bertemu.Rindunya!Aku rindu detik-detik bersama Siti di sekolah.Siti memeluk tubuhku dengan erat.Siti sungguh ceria melihat diriku.Aku melepaskan Comel daripada pelukanku.Aku tidak percaya akan Siti.Dia kelihatan berubah.Kini,dia sudah pandai bergaya.Aku berborak-borak bersamanya menceritakan kenangan masa lalu.Sekali kala tergelak kecil apabila mendengar kisah lama yang melucukan.Aku berbual sehingga tidak sedar akan kehilangan kucingku.Setelah puas berbual,baru aku sedar bahawa Comel sudah tiada.Comel telah merayau sendirian.Mataku mula berkaca,aku cemas,
Aku meminta bantuan Siti.Aku dan Siti terjerit-jerit memanggil nama kucingku.Kami mencari Comel di merata kawasan taman.Malangnya,Comel tidak kelihatan.Puas kami mencari tetapi gagal menjumpai Comel.Bayangan Comel pun tiada.Aku tidak mahu berhenti mencarinya,namun,setelah Siti memujukku untuk pulang,aku berjalan pulang ke rumah.Di hadapan daun pintu,kelihatan ibuku sedang menjemur pakaian..Aku berlari ke arahnya.Air mataku sudah tidak dapat ditahan lagi.Air mataku gugur setitik demi setitik.Ibuku membawaku masuk ke rumah dan menyediakan makanan.Ibuku hendak mendengar penjelasan apa yang berlaku.Walaubagaimanapun,aku tidak berselera.Aku tidak mahu makan.Aku hanya menundukkan kepalaku sahaja dengan mukaku masam mencuka.Aku menjelaskan perkara yang berlaku kepada ibuku.
Ibuku hanya tersenyum dan menasihatiku.Nasihatnya itu sedikit memasuk dalam kotak fikiranku.Ibuku memberi kata-kata yang menyejukkan hatiku dan menyuruh aku makan.Aku terpaksa makan.Aku benar-benar tekad untuk mencari Comel.Selesai sahaja makan,aku meminta izin daripada ibuku untuk pergi mencari lagi.Aku keluar dari lif,aku terpandang notis yang menunjukkan gambar Comel.Mataku yang kuyu terbuka luas.Aku sungguh gembira.Comel telah ditemui.Aku segera menekan butang nombor untuk menghubungi orang yang menjumpai Comel.Rupa-rupanya seorang wanita telah terjumpa Comel di taman merayau sendiri.Dia pun membawanya pulang.Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana kebaikannya.Aku pulang sambil mendakap Comel dengan erat.Kejadian itu benar-benar mengajarku untuk tidak cuai lagi.
Qurratu’aini 6/1