Sunday, 14 August 2011

LIsan : Ceritakan pengalaman kamu bercuti bersama keluarga

Saya pernah bercuti bersama keluarga saya. Pada hari itu keluarga saya terpaksa bangun awal kerana bapa saya tidak terlewat akibat kesesakan trafik. Sebenarnya ibu saya yang ingin sekali bercuti di Kuala Lumpur kerana makanan-makanan dan barangan yang dijual di sana murah.

Saya dan kakak saya sebenarnya tidak suka bercuti tetapi kami berdua juga bosan jika terpaksa duduk di rumah sepanjang cuti sekolah penggal dua itu.

Kami bercuti di sana selama empat hari. Pada hari kedua cuti ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan. Saya dan keluarga saya telah menyaksikan satu kemalangan. Kami berasa terkejut melihat kejadian itu. Seorang pemuda yang sedang menaiki motosikalnya telah dilanggar sebuah kereta. Nasib baik pemuda itu hanya cedera ringan. Malangnya tangan dan kakinya berdarah. Saya berasa kasihan terhadap pemuda itu.

Pada pendapat saya pemandu kereta itu seharusnya lebih berhati-hati pada depan.

No comments:

Post a Comment