Sunday, 14 August 2011

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu menghadiri sebuah pesta

Saya pernah menghadiri sebuah pesta. Hari itu ialah hari lahir rakan saya. Saya dijemput oleh rakan saya untuk menghadiri pesta itu. Pesta itu sangat meriah. Ramai orang yang menghadiri pesta tersebut. Rumah rakan saya dihiasi dengan banyak belon.

Sedang saya memasuki rumahnya, saya lihat ramai orang sedang berdansa dan ada pula yang sedang makan. Keadaan sangat riuh sekali. Saya rasa ingin berdansa juga. Sebelum itu, saya perlu mencari rakan saya untuk diberikan hadiahnya. Saya terjumpanya di dapur rumahnya.

Ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan. Ada seorang lelaki sedang membawa pinggan yang berisi makanan. Lelaki itu terlanggar saya dan pinggannya terjatuh ke lantai. saya dengan segera membantunya bangun dan menolong mengangkat pinggannya yang telah terjatuh itu.

Pada pendapat saya, lelaki itu sepatutnya berhati-hati semasa berjalan. Saya juga perlu mengawasi keadaan sekeliling saya agar tidak lagi melanggar sesiapa di tempat itu.

Itulah pengalaman saya pergi ke sebuah pesta.

Baqir 6/9A

No comments:

Post a Comment