Saya pernah pergi ke sebuah taman yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Saya pergi ke taman itu pada cuti sekolah. Saya pergi ke sana dengan rakan sekelas. Kami berdua berjalan kaki ke sana ke sana kerana taman itu tidak jauh daripada rumah kami. Kami pergi ke sana kerana kami ingin mengulangkaji pelajaran dan pada masa yang sama menenangkan fikiran.
Bila tiba di sana, tempat itu amat menenangkan. Banyak perubahan yang dapat dilihat di sana. Kami mula mencari tempat yang sesuai lalu mula mengeluarkan buku-buku latihan yang kami bawa. Ada satu kejadian yang tidak boleh saya lupakan. Ada seorang lelaki muda yang berjalan di situ sambil memegang telefon bimbitnya. Tiba-tiba datang seorang remaja telah merampas telefon bimbit lelaki itu. Lelaki itu pun ternampak kami berdua dan meminta bantuan kami. Kami segera memberi bantuan. Kami bertiga mengejar pencuri itu. Akhirnya kami dapat menangkap pencuri itu. Lelaki muda itu pun menelefon polis. Beberapa minit berlalu, kereta polis pun tiba. Kami menyerahkan pencuri itu kepada pegawai polis.
Pada pendapat saya, lelaki muda itu harus berhati-hati semasa memegang telefon bimbitnya. dia sepatutnya memasukkan telefonnya ke dalam sebuah beg atau koceknya.
itulah pengalaman saya pergi ke sebuah taman
Haziq 6/9B
No comments:
Post a Comment