Saya pernah menghadiri sebuah majlis. Majlis itu ialah majlis perkahwinan saudara saya. Ia diadakan di kolong bloknya. Ramai orang menghadiri majlis itu. Majlis itu sangat meriah dan tempat itu dihias indah dengan bunga-bunga. Semasa di sana saya dapat berjumpa ramai sanak saudara saya yang lain. Saya gembira dapat berjumpa dengan mereka.
Satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan semasa majlis itu ialah seorang saudara saya yang masih kecil tertumpahkan air di dalam kuih muih kegemaran saya. Habis semua kuih itu tidak boleh dimakan. Ibunya terpaksa membuang kuih itu. Pada mulanya ibu berasa sangat marah terhadapnya. Tetapi apabila dia sudah meminta maaf berkali-kali, kemarahannya ibunya pun reda. Budak itu menangis teresak-esak. Saya pun menyuruhnya berhenti menangis kerana dia tidak sengaja. Saya mengajak saudara saya itu untuk mengambil sepiring kuih yang baru.
Pada pendapat saya kita harus lebih berhati-hati supaya kemalangan tidak mudah berlaku. Itulah pengalaman saya pergi ke sebuah majlis.
Syazwan 6/4
No comments:
Post a Comment