Saya pernah ke sebuah klinik yang berdekatan dengan rumah saya. Saya ke klinik bersama kakak saya yang sedang mengalami demam panas. Kami sedang menunggu giliran kami untuk berjumpa doktor. Terdapat ramai pesakit di klinik itu yang juga ingin berjumpa doktor.
Pesakit-pesakit yang berada di klinik itu kelihatan lemah-longlai. Ada yang terbatuk-batuk manakala ada yang mengalami selesema. Sedang kami menunggu giliran, saya dan kakak saya membaca buku yang disediakan di tempat itu.
Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ada seorang budak lelaki yang kira-kira berumur empat tahun tiba di klinik itu bersama ibunya. Kehadiran budak itu telah mengganggu pesakit-pesakit di klinik itu. Budak itu berlari-lari di sekeliling klinik itu sambil memekik sekuat hatinya. Kebanyakan pesakit di situ amat marah dengan kelakuan budak itu.
Ibu budak lelaki itu langsugn tidak menegur ataupun menasihati anaknya. Beliau sibuk menjawab panggilan di telefon bimbitnya. Pada pendapat saya ibu budak lelaki itu sepatutnya menasihati anaknya supaya berhenti mengganggu pesakit di situ. Ibunya harus lebih bertanggungjawab dan menghormati pesakit-pesakit di klinik itu. Mereka juga harus meminta maaf daripada pesakit-pesakit di situ. Itulah pengalaman saya berada di sebuah klinik.
Aisyah Manan 6/2
No comments:
Post a Comment