Sunday, 14 August 2011

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu melakukan aktiviti bekerjasama dengan rakan sekelas.

Ya.saya pernah melakukan aktiviti bekerjasama bersama rakan sekelas.Guru mata pelajaran Sains mengarahkan kami menghasilkan sebuah projek tentang tumbuhan pokok-pokok.Guru kami memberi masa yang singkat untuk melakukan projek itu.

Saya telah mengarahkan rakan saya untuk melukis gambar pokok.Ada satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Semasa melukis,rakan saya yang melukis itu terasa dahaga.Dia pun mengambil botol airnya dan minum.Namun, air itu tertumpah ke lukisan itu.Kertas itu basah sehinggakan berlubang.Lukisan itu rosak dan harus dilukiskan kembali.

Pada pendapat saya,dia sepatutnya berhati-hati kerana ia mengakibatkan projek itu selesai lewat.Itulah pengalaman saya bekerjasama bersama rakan saya.
Erza 6/8b

No comments:

Post a Comment