Monday, 15 August 2011

Lisan:Ceriatakan pengalaman kamu menaiki pengangkutan awam

Ya saya selalu menaiki pengangkutan awam. Saya menaiki pengangkutam awam seperti bas, keratapi dan teksi untuk ke tempat destinasi. Saya rasa Singapura mempunyai pengankutan awam yang baik kerana semua pengangkutan awam selesa dan berhawa dingin.

Ada satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Dua minggu yang lepas, saya menaiki sebuah bas. Pada hari itu saya hendak ke sekolah. Di dalam bas itu, ada ramai orang. Saya beruntung untuk mendapat tempat duduk. Tiba-tiba, saya ternaopak seorang wanita tua menaiki bas. Wanita itu membawa beg plastik yang banyak dan ia kelihatan berat. Tidak ada orang yang mahu memberikan tempat duduk.

Saya berasa kasihan melihat wanita tua itu. Dengan segera, saya bangun daripada tempat duduk dan memberikan tempat duduk saya dan memberikannya tempat duduk itu. Wanita itu pun mengucapkan terima kasih.

Pada pendapat saya penumpang-penumpang lain sepatutnya menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan.

Hanni 6/9b

No comments:

Post a Comment