Saya pernah pergi ke sebuah pameran. Terdapat ramai orang di tempat itu. Pameran diadakan di Expo SIngapura. Saya dan keluarga saya ke sana pada hujung minggu. Ayah selalu membaca suratkhabar untuk mencari maklumat mengenai pameran yang diadakan di Expo Singapura.
Salah satu pameran yang kami hadiri ialah pameran Makanan. Saya dan adik saya melihat ramai kaum wanita yang berada di pameran itu. Saya dan keluarga saya mencari buku tentang masakan istimewa. Ibu saya hendak membeli buku itu kerana dia hendak menambah ilmu memasak. Selepas mencari buku itu, kami sekeluarga pergi ke kaunter pembayaran. Ada kalanya saya ditolak kerana ramai orang hendak membuat bayaran manakala ruang di situ sempit. Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ketika ibu bapa saya sedang membayar harga buku itu, saya dan adik saya mula bersandar di sebatang papan putih. Ketika kami sedang bersandar, papan itu jatuh dan menarik perhatian orang ramai. Papan itu sebenarnya sebatang kayu.
Ibu bapa kami menuju ke arah kami lalu memarahi kami. Pada pendapat saya, saya dan adik saya harus lebih berhati-hati dan peka akan keadaan sekeliling. Saya dan adik saya pelajari bahawa kami perlu melihat sekeliling dahulu sebelum duduk atau sandar. Itulah pengalaman saya pergi ke sebuah pameran.
Sufi 6/5
No comments:
Post a Comment