Saya pernah membeli belah di sebuah pusat membeli belah. Pada hari itu saya dan keluarga saya sedang membeli barang keperluan untuk bulan Ramadhan. Pusat membeli belah itu sangat sesak dengan orang ramai yang membeli belah dan orang ramai yang asyik menjual barangan di situ. Kebanyakan orang-orang yang berada di sana terdiri daripada umat Islam yang sibuk berbelanja untuk berbuka.
Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Semasa di pusat membeli belah, saya sedang berjalan di lorong yang mempamerkan barangan kaca. Saya ternampak seorang lelaki yang mencurigakan. Dia sedang membelek-belek sebotol kaca dan sedang memerhatikan seorang wanita yang berada di belakangnya. Saya ternampak di dalam bakul wanita itu ada dompet wanita itu. Belum sempat saya memberitahu wanita itu, lelaki mencapai dompet wanita itu. Saya terus mengejar lelaki itu sambil memekik untuk menarik perhatian orang ramai. Belum sempat lelaki itu keluar dari pusat membeli belah, dia ditahan oleh sekumpulan lelaki. Pada pendapat saya, walaupun kita dalam keadaan terdesak, kita tidak patut mencuri kerana ia perbuatan yang salah. Itulah pengalaman saya membeli belah di sebuah pusat membeli belah.
Amir 6/1
No comments:
Post a Comment