Friday, 21 February 2020

Cemerlang 6, Kejayaan milik kita ! :) (Karangan 1)

Gambar karangan 1



1 comment:

  1. Hari itu hari sabtu aku dan adik-adikku berada di rumah. Ibu bapaku terpaksa bekerja. Terpaksalah aku menjaga adik-adikku. Aku kasihan melihat Siti kerana hari itu hari lahirnya. Dia mengharapkan sambutan hari lahirnya malangnya ibu bapaku bekerja. Aku dan adik-adikku berasa bosan di rumah. Aku bercadang dengan mereka untuk bermain bola keranjang di gelanggang yang berdekatan denagn rumahku.

    Kami semua turun ke kolong blok. Tiba-tiba hujan pun turun. Kami semua berasa kecewa. Adik-adikku kelihatan sedih. Aku pun ada idea untuk main.


    Aku beritahu adik-adikku apa kami semua akan main. Kami semua akan main sembunyi-sembunyi. Tetapi, aku beritahu adik-adikku tidak boleh pergi luar dari kolong blok ini. Mereka hendak aku untuk membilang. Aku pun mula bilang. Dalam hatiku, aku berharap adik-adikku akan bersembunyi di kolong blok ini sahaja.

    Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu lif buka. Aku cepat-cepat pusing kepalaku untuk nampak Siti dalam lif sendiri. Mataku terbeliak.Aku tidak tahu apa hendak buat. Aku panik. Aku cuba menekan butang lif tetapi aku terlewat.Mukaku pucat.Aku lihat papan lif untuk tahu mana Siti pergi.Fikiranku terngiang-ngiang.Apa akan terjadi pada adikku? Aku akan dimarahi oleh ibu bapaku.Aku pun tenampak lif itu berhenti di tingkat tiga.

    Aku teriak untuk panggil adi, adikku. Aku membawa Adi ke tingkat tiga untuk cari Siti dengan menaiki tangga. Kami berdua sampai di tingkat tiga. Aku periksa lif dahulu sebelum mencari Siti di tempat lain. Aku pun menekan butang lif. Pintu lif terbuka. Aku bernasib baik kerana Siti di dalam lif itu. Aku terlihat muka Siti pucat. Matanya bengkak kerana dia menangis teresak-esak. Dia mendongak kepalanya ke arah aku lalu bangun memeluk eratku. Badan Siti menggigil kerana ketakutan. Aku pun memujuknya. Selain dari itu, Siti tidak apa-apa. Aku pun bawa dia pulang.

    Setelah pulang ke rumah, ibu bapaku tiba. Aku beritahu mereka apa sudah berlaku. Aku bernasib baik kerana mereka tidak memarahi aku tetapi berikan nasihat. Aku meminta maaf daripada ibu bapaku. Aku berjanji untuk lebih berhati-hati ketika bermain.

    Dikarang oleh Mohamad Aniq Bin Mohamad Hisyam (P6/3)
    1 Febuary 2020

    ReplyDelete