Friday, 21 February 2020

Cemerlang 6, Kejayaan Milik kita :) (Karangan 2)


2 comments:

  1. Jam loceng berdering dengan kuat. Aku terjaga.Aku bangun sambil menggosok-gosok mataku. Aku segera melompat dari katil untuk ke kamar mandi. Hari ini aku akan bertanding dalam pertandingan bola keranjang. Aku yakin kumpulan aku akan menang. Tiba-tiba,telefon berdering. Aku ambil telefon itu. Itu ibu aku! Aku terlupa dia sudah di tempat kerja. Ibu aku menasihatku untuk ambil duit yang ada di atas meja di dapur. Dia tahu aku ada pertandingan di sekolah aku selepas ini. Ibu aku pun beritahu aku untuk mandi kerana aku akan terlambat. Aku pun meletakkan gagang telefon,letak duit itu lalu mandi.

    Sepuluh minit kemudian,aku tiba di sekolah. Kumpulan aku sudah berkumpul di situ. Kami sekumpulan berlari-lari anak di dewan sebelum pertandingan itu. Lima minit kemudian, kami sekumpulan di dalam pertandingan itu. Kami bermain bola keranjang itu macam dengan cergas.

    Kami menang dalam pertandingan itu.Kami sekumpulan berasa gembira dan terkejut. Aku berasa letih, lapar dan penat. Aku pun pergi ke tempat makan dengan kawan baikku.

    Aku tiba di tempat makanan itu. Kawan aku tidak boleh ikut kerana ibunya sudah masak di rumah. Dengan pantas aku beratur untuk beli makanan aku.Aku bernasib baik kerana tidak ada orang di situ. Aku terus beli makanan aku. Aku panik. Dompet aku tidak ada di sdalam beg aku. Aku beri tahu penjual itu aku tidak boleh jumpa dompet aku. Aku rasa peluhku menitis dari dahiku. Aku panik lagi.

    Tiba-tiba , aku terdengar nama aku. Aku menoleh ke arah itu. Aku ternampak seorang budak yang kecil sedang memegang dompetku. Budak itu beritahu aku dompet itu tercicir daripada beg aku. Dia pun cakap aku tidak sedar. Aku terkejut apabila terdengar katanya. Aku tahu budak itu boleh ambil dompet aku. Aku bayar harga nasi itu kepada penjual itu. Aku pun ambil makanan itu lalu pergi untuk cari meja. Semasa aku sedang makan, aku imbas balik apa yang sudah terjadi. Aku berasa gembira. Aku akan lebih berhati-hati semasa gunakan dompet aku.
    Dikarang oleh Mohamad Aniq Bin Mohamad Hisyam (P6/3)
    1 Febuari 2020

    ReplyDelete