Karangan soalan 6 /SAI
Suasana di pusat membeli-belah berdekatan dengan rumahku sungguh kecoh dan riuh kerana hari itu hari Ahad. Aku berada di pusat membeli-belah untuk mengumpul dana. Baju seragamku hampir basah akibat kepeluhan.Sudah tiga jam aku mengumpul dana. Hampir penuh tabung yang aku bawa. Walaupun penat,aku tetap gembira kerana dapat membuat kerja amal.
Tiba-tiba,seorang wanita yang berpakaian cantik menuju ke arahku dengan sebuah beg duit. Sudah tentu wanita itu hendak menderma wang. Ketika dia meletakkan wang itu,aku mengucapkan terima kasih sambil mengukirkan senyuman mesra di bibirku. Setelah menderma,wanita itu terus ke bangku sambil berbual di telefon bimbitnya. Aku yang masih berada di situ sibuk mengutip derma. Akhirnya,aku bercadang untuk berehat sebentar kerana berasa amat penat. Lagipun tabungku telah diisi penuh.Pada saat itu,aku ternampak wanita tersebut kelihatan dalam keadaan kelam-kabut.
"Mengapakah dia dalam keadaan kelam-kabut ? Dia kelihatan tenang ketika menderma tadi."aku tertanya-tanya kepada diriku yang masih bingung.
Aku pun tidak mahu masuk campur dalam urusan wanita itu jadi aku pun duduk di bangku yang disediakan. Alangkah terkejutnya aku ketika terlihat beg plastik di lantai. Aku pun membuka beg plastik tersebut tanpa rasa bersalah. Ketika membuka beg plastik itu,terdapat sebuah beg duit.Wang kertas yang bernilai seribu dolar ada di dalam beg duit itu. Aku teringin sekali menggunakan wang tersebut untuk membeli telefon bimbit yang canggih dan terkini. Setelah membongkar beg duit itu,aku terjumpa kad pengenalan.Aku baru sedar bahawa beg plastik itu milik wanita yang telah menderma tadi. Kalau aku mengambil wang itu,wang itu dapat membeli barang yang aku ingin tetapi perbuatan itu salah.Aku jaga teringat bahawa guruku telah menasihati aku untuk bersikap jujur.
Akhirnya,aku membuat keputusan bahawa aku akan memulangkan beg duit tersebut.Tanpa membuang masa,aku berlari ke arah wanita itu. Aku bernasib baaik kerana wanita itu masih berada di kawasan itu. Denagan berat hati,aku mepulangkan beg duit bersama beg plastik. Wajah wanita itu bertukar menjadi gembira ketika melihat beg plastik itu.Dia mengcapkan terima kasih kerana sudi memulangkan wang itu. Dia akan meggunakan wang tersebut untuk membayar kos rawatan ibunya yang di hospital. Dia juga sedang kelam-kabut untuk menjenguk ibunya kerana dia dalam keadaan kritikal.A ku terkejut mendengar penjelasan wanita itu.Wanita itu sekali lagi mengucapkan terima kasih lalu bertanya alamat rumahku.Selepas itu,dia pun berangkat ke hospital.
Aku berasa gembira kerana telah membuat keputusan yang bijak dan telah menolong wanita itu. Beberapa hari kemudiaan,aku mendapat hadiah sebuah jam berjenama. Sudah tentu wanita itu yang menghantarkan hadiah itu. Aku masih menyimpan jam tangan itu sebagai kenangan.
Aisyah Manan 6/2