Tuesday, 16 August 2011

Buku PSLE : Soalan 6

Karangan soalan 6 /SAI
    
 Suasana di pusat membeli-belah berdekatan dengan rumahku sungguh kecoh dan riuh kerana hari itu hari Ahad. Aku berada di pusat membeli-belah untuk mengumpul dana. Baju seragamku hampir basah akibat kepeluhan.Sudah tiga jam aku mengumpul dana. Hampir penuh tabung yang aku bawa. Walaupun penat,aku tetap gembira kerana dapat membuat kerja amal.
              
       Tiba-tiba,seorang wanita yang berpakaian cantik menuju ke arahku dengan sebuah beg duit. Sudah tentu wanita itu hendak menderma wang. Ketika dia meletakkan wang itu,aku mengucapkan terima kasih sambil mengukirkan senyuman mesra di bibirku. Setelah menderma,wanita itu terus ke bangku sambil berbual di telefon bimbitnya. Aku yang masih berada di situ sibuk mengutip derma. Akhirnya,aku bercadang untuk berehat sebentar kerana berasa amat penat. Lagipun tabungku telah diisi penuh.Pada saat itu,aku ternampak wanita tersebut kelihatan dalam keadaan kelam-kabut.

        "Mengapakah dia dalam keadaan kelam-kabut ? Dia kelihatan tenang ketika menderma tadi."aku tertanya-tanya kepada diriku yang masih bingung.

            Aku pun tidak mahu masuk campur dalam urusan wanita itu jadi aku pun duduk di bangku yang disediakan. Alangkah terkejutnya aku ketika terlihat beg plastik di lantai. Aku pun membuka beg plastik tersebut tanpa rasa bersalah. Ketika membuka beg plastik itu,terdapat sebuah beg duit.Wang kertas yang bernilai seribu dolar ada di dalam beg duit itu. Aku teringin sekali menggunakan wang tersebut untuk membeli telefon bimbit yang canggih dan terkini. Setelah membongkar beg duit itu,aku terjumpa kad pengenalan.Aku baru sedar bahawa beg plastik itu milik wanita yang telah menderma tadi. Kalau aku mengambil wang itu,wang itu dapat membeli barang yang aku ingin tetapi perbuatan itu salah.Aku jaga teringat bahawa guruku telah menasihati aku untuk bersikap jujur.

Akhirnya,aku membuat keputusan bahawa aku akan memulangkan beg duit tersebut.Tanpa membuang masa,aku berlari ke arah wanita itu. Aku bernasib baaik kerana wanita itu masih berada di kawasan itu. Denagan berat hati,aku mepulangkan beg duit bersama beg plastik. Wajah wanita itu bertukar menjadi gembira ketika melihat beg plastik itu.Dia mengcapkan terima kasih kerana sudi memulangkan wang itu. Dia akan meggunakan wang tersebut untuk membayar kos rawatan ibunya yang di hospital. Dia juga sedang kelam-kabut untuk menjenguk ibunya kerana dia dalam keadaan kritikal.A ku terkejut mendengar penjelasan wanita itu.Wanita itu sekali lagi mengucapkan terima kasih lalu bertanya alamat rumahku.Selepas itu,dia pun berangkat ke hospital.

Aku berasa gembira kerana telah membuat keputusan yang bijak dan telah menolong wanita itu. Beberapa hari kemudiaan,aku mendapat hadiah sebuah jam berjenama. Sudah tentu wanita itu yang menghantarkan hadiah itu. Aku masih menyimpan jam tangan itu sebagai kenangan.
Aisyah Manan 6/2

Buku PSLE : Soalan 6

Karangan soalan 6 /SAI
    
 Suasana di pusat membeli-belah berdekatan dengan rumahku sungguh kecoh dan riuh kerana hari itu hari Ahad. Aku berada di pusat membeli-belah untuk mengumpul dana. Baju seragamku hampir basah akibat kepeluhan.Sudah tiga jam aku mengumpul dana. Hampir penuh tabung yang aku bawa. Walaupun penat,aku tetap gembira kerana dapat membuat kerja amal.
              
       Tiba-tiba,seorang wanita yang berpakaian cantik menuju ke arahku dengan sebuah beg duit. Sudah tentu wanita itu hendak menderma wang. Ketika dia meletakkan wang itu,aku mengucapkan terima kasih sambil mengukirkan senyuman mesra di bibirku. Setelah menderma,wanita itu terus ke bangku sambil berbual di telefon bimbitnya. Aku yang masih berada di situ sibuk mengutip derma. Akhirnya,aku bercadang untuk berehat sebentar kerana berasa amat penat. Lagipun tabungku telah diisi penuh.Pada saat itu,aku ternampak wanita tersebut kelihatan dalam keadaan kelam-kabut.

        "Mengapakah dia dalam keadaan kelam-kabut ? Dia kelihatan tenang ketika menderma tadi."aku tertanya-tanya kepada diriku yang masih bingung.

            Aku pun tidak mahu masuk campur dalam urusan wanita itu jadi aku pun duduk di bangku yang disediakan. Alangkah terkejutnya aku ketika terlihat beg plastik di lantai. Aku pun membuka beg plastik tersebut tanpa rasa bersalah. Ketika membuka beg plastik itu,terdapat sebuah beg duit.Wang kertas yang bernilai seribu dolar ada di dalam beg duit itu. Aku teringin sekali menggunakan wang tersebut untuk membeli telefon bimbit yang canggih dan terkini. Setelah membongkar beg duit itu,aku terjumpa kad pengenalan.Aku baru sedar bahawa beg plastik itu milik wanita yang telah menderma tadi. Kalau aku mengambil wang itu,wang itu dapat membeli barang yang aku ingin tetapi perbuatan itu salah.Aku jaga teringat bahawa guruku telah menasihati aku untuk bersikap jujur.

Akhirnya,aku membuat keputusan bahawa aku akan memulangkan beg duit tersebut.Tanpa membuang masa,aku berlari ke arah wanita itu. Aku bernasib baaik kerana wanita itu masih berada di kawasan itu. Denagan berat hati,aku mepulangkan beg duit bersama beg plastik. Wajah wanita itu bertukar menjadi gembira ketika melihat beg plastik itu.Dia mengcapkan terima kasih kerana sudi memulangkan wang itu. Dia akan meggunakan wang tersebut untuk membayar kos rawatan ibunya yang di hospital. Dia juga sedang kelam-kabut untuk menjenguk ibunya kerana dia dalam keadaan kritikal.A ku terkejut mendengar penjelasan wanita itu.Wanita itu sekali lagi mengucapkan terima kasih lalu bertanya alamat rumahku.Selepas itu,dia pun berangkat ke hospital.

Aku berasa gembira kerana telah membuat keputusan yang bijak dan telah menolong wanita itu. Beberapa hari kemudiaan,aku mendapat hadiah sebuah jam berjenama. Sudah tentu wanita itu yang menghantarkan hadiah itu. Aku masih menyimpan jam tangan itu sebagai kenangan.
Aisyah Manan 6/2

Monday, 15 August 2011

Contoh karangan :

Karangan gambar:2
                  Suasana jalan raya di depan sekolah sungguh sesak.Jalan raya sesak dengan kereta dan motosikal yang hendak menuju ke destinasi masing-masing.Ada yang  menghantar anak-anak mereka ke sekolah berdekatan dengan jalann raya iaitu Sekolah Rendah Qihua.Setiap hari,sekolah itu akan menjadi sesak kerana dikunjungi ibu bapa yang hendak menjemput anak-anak mereka.Aku pun selalu berjalan kaki untuk ke sekolah kerana ibu bapaku terlalu sibuk untuk ke tempat kerja masing-masing apatah lagi rumahku berdekatan dengan sekolah itu.
                 Aku bangun awal pada pagi itu.Aku harus ke sekolah awal keraa aku haarus berjumpa denga guru disiplin,Puan Wong.Aku harus bertemu dengan Puan Wong kerana dia ingin memberikanku tugasan seorang pengawas.Cuaca pada hari itu sungguh dingin dan anginn bertiup bersepoi-sepoi bahasa.Aku dan kanak-kanak lain melintas jalan raya yang penuh dengan kereta.Sedang aku melintasi jalan raya,aku ternampak Cikgu Siti, guruku,sedang melintasi jalan raya di hadapanku.Semua yang ingin melintasi jalan raya boleh melintasinya dengan mudah dengan adanya Pak Mat yang mengawal pergerakan kereta dan kanak-kanak yang ingin melintasi jalan raya.
                 Aku mempercepatkan langkahku dan terus ke sekolah menuju ke bilik guru disiplin.Setelah berjumpa dengan Puan Wong,aku pun ke kelas tepat pada waktunya iaitu masa mulanya pelajaran Bahasa Ibunda.Di dalam kelas,Cikgu Siti mengajar kami,murid-murid dalam kelas cara-cara dan teknik-teknik menulis karangan.Cikgu Siti adalah seorang guru yang aku gemari dan sayangi kerana orangnya lembut dan dia seorang guru yang berdedikasi.Raut wajahnya yang putih dan mulutnya petah berbahasa Melayu.Itu membuatku berasa kagum kepadanya kerana mengajar kami Bahasa Melayu dengan baik.Setelah sesi pelajaran sekolah tamat pada hari itu,aku pun segera pulang.Semasa aku menyeberangi jalan raya,aku ternampak Cikgu Siti sekali lagi tetapi kali ini,dia berdiri bersebelahan denganku.Dia pun berbual denganku.Tiba-tiba,kertasku telah terjatuh dari failku dan angin bertiup dengan kencang sehingga membuat kertasku terbang ke jalan raya.
                  Lantas,aku segera berlari dan cuba untuk mengambil kertasku.Aku tidak menghiraukan keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan.Cikgu Siti memekik-mekik memanggilku.Dia menyuruhku untuk berhenti.Orang-orang yang berada di sekelilingku terkejut melihat reaksi guruku.Aku bernasib baik untuk berhenti dan hanya luka sedikit di kaki kerana terjatuh.Air mataku mula membasahi kelopak mataku yang sepet.Guruku lalu menolong dan membawaku kembali ke sekolah untuk merawat kakiku.Aku sedar bahawa aku tidak sepatutnya melakukan begitu.Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada guruku.Aku baru mengerti betapa pentingnya guru yang berdedikasi dan lembut malah ambil berat terhadap anak muridnya.Itulah guruku yang aku sangat kagumi,Cikgu Siti.
Qurratu’aini 6/1

Buku PSLE : Soalan 8




Karangan(Soalan 8)

             Matanya bulat. Bulunya berwarna jingga. Bulunya sangat lembut sekali. Ia gemar sekali bermain kejar-kejar. Itulah kucing peliharaanku,
Cinta namanya. Aku terimbas kembali suatu kejadian yang berlaku semalam.
                                   Aku sedang duduk di kerusi, di dalam bilikku. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi. Aku berasa bosan. Tiada benda pun yang boleh aku
Lakukan. Hanya kedengaran bunyi kipas yang ligat berputar-putar di ruang bilikku. Aku pun bercadang untuk pergi bersiar-siar di taman
berdekatan dengan rumahku bersama Cinta.

             Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus perlahan seolah-olah ingin menyapa pipiku yang lembut. Di tanganku, Cinta sedang berehat, menikmati 

pemandangan di sekeliling taman itu. Sekonyong-konyong, aku ternampak Alisya, rakan lamaku semasa di sekolah rendah dahulu. Bertubuh

sederhana dan memiliki sepasang bola mata yang bulat, kehitaman, beralis lentik serta kedua-dua ulas bibirnya yang nipis sederhana, orang yang

ternampak Alisya pasti akan terpukau. Itulah kawanku, Alisya. Selama dua tahun tidak bertemu, perasaan rindu kepada Alisya mula terbuku di

hatiku. Kami pun mula bersembang. Kami berbual-bual tentang banyak perkara . Tanpa disedari, Cinta telah terlepas daripada tanganku!
       
              
               Aku dan Alisya mula mencari Cinta. Alangkah malangnya nasibku, Cinta tidak dapat ditemui. Aku pun dengan hibanya, pulang ke rumah.

Aku menyesal. Mengapa aku cuai? Ke manakah Cinta pergi? Adakah Cinta selamat? Soalan-soalan aku bertanya kepada diriku. Cinta, dialah

makhluk ciptaan Allah yang selalu menemaniku apabila aku bersendirian. Walaupun ia hanya seekor kucing, tetapi, ia amat penting dalam hidupku.

Kepada Cintalah aku meluahkan perasaanku. Dengan hanya memandang wajah comel Cinta sahaja, aku akan menjadi ceria jika aku sedih.

                                          Sudah dua hari berlalu, tiada sebarang berita pun tentang Cinta. Aku berasa sangat sedih. Aku hinggakan tiada selera pun untuk makan.

Pada hari itu, aku bercadang untuk pergi mencari Cinta. Aku pun keluar dari rumah dan menuju ke lif. Selepas menekan butang tingkat satu, lif itu

pun mula bergerak. Semasa aku sedang keluar, aku terpandang kepada notis yang ditampalkan di sebelah lif. Aku pun melompat tand agembira

apabila melihat gambar Cinta terpampang di notis itu. Dengan segera, aku mengeluarkan telefon bimbit untuk menelefon orang yang telah

menjumpai Cinta. Setelah dapat berkomunikasi dengan orang itu, dia telah menyuruh aku tunggu di taman permainan berdekatan dengan rumahku

untuk memulangkan Cinta kepadaku. Dengan riang sekali, aku pun menuju ke taman permainan itu dengan pantas. Aku pun menunggu dengan

ghairah sekali.

            “Cinta!” aku memekik nama kucingku sebaik sahaja terlihat kelibat Cinta.

              Titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut mataku, tanda gembira. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah

menjumpai Cinta. Aku mendakap Cinta. Aku pun beredar dari situ lalu pulang ke rumah. Aku memegang Cinta dengan erat sekali. Aku berjanji

akan menjaga Cinta dengan baiknya dan aku juga berjanji untuk membuang sikap cuaiku.
                        

Nur Afrina Atiqah(6/2MT)(6/5F)

Buku PSLE : Soalan 10



  "Gol!" aku teriak keriangan.

 Pasukan 'Los Angeles Lakers' memasukkan gol ke dalam jaring pasukan 'Rockets'. Perlawanan bola keranjang sungguh sengit. Kedua-dua pasukan cuba memasukkan gol ke dalam jaring lawan. Perlawanan berakhir dengan markah seri.

 Saya memang gemar menonton perlawanan bola keranjang. Bola keranjang merupakan sukan kegemaran saya. Saya selalu bermain bola keranjang bersama kawan rapat saya, Andrew. Andrew keturunan barat tetapi dia amat fasih berbahasa Melayu.

 Pada sebelah petang itu, saya menerima panggilan daripada Andrew. Dia mengajak saya bermain bola keranjang di gelanggang bola keranjang. Tanpa membuang masa, saya bersiap-siap untuk bermain. Saya memakai jersi pasukan kegemaran saya iaitu 'Los Angeles Lakers'.

 Kami berjumpa di gelanggang. Kami pun bermula main. Aku memasukkan bola ke dalam jaring. Ketika Andrewmelontar bola ke saya, saya terpandang ke arah kawan saya,Jing Shen,yang sedang tergesa-gesa. Dia kelihatan membawa gunting yang besar di dalam begnya. Jing Shen kelihatan mencurigakaan.

 Saya memberitahu Andrew. Kami bercadang untuk mengekori dari belakang. Jing Shen berhenti di depan sebuah basikal yang dimangga ke tiang. Saya dan Andrew bersembunyi di belakang dinding. Kami melihat aksi yang seterusnya. Rupa-rupanya, Jing Shen sedang mencuri basikal. Dia cuba memotong rantai dengan gunting besar sambil berpeluh sejuk.

 Andrew mendapat satu idea. Dia memberitahu saya untuk menelefon polis. Kami akan menahan Jing Shen. Selepas menelefon polis, kami serbu lalu menahan Jing Shen. Kami berjaya menahan Jing Shen. Tidak beberapa lama kemudian, pegawai polis pun datang. Mereka memberkas Jing Shen. Kami juga dibawake balai polis untuk disoal.

 Kami mendapat tahu bahawa Jing Shen telah mmelakukan jenayah itu beberapa kali sejak tahun lalu. Jika perkara itu diketahui oleh sekolah, pasti dia akan dibuang sekolah. Kami bergembira kerana kami dapat menghentikan jenayah daripada berlaku.
Iskandar 6/3

Buku PSLE : Soalan 9



Karangan Soalan 9
        Dari bilikku,aku dapat menghidu masakkan ibuku pada pagi itu.Daripada bau makanan itu,aku tahu makanan itu mesti enak dan sedap.Dengan tidak membuang masa,aku bersiap sedia ke sekolah supaya tidak lewat.Aku jaga sungguh gembira dan tidak sabar untuk rasa makanan ibu itu.

Sebelum ke sekolah,aku bersarapan.Rupa-rupanya ibu telah menyediakan nasi goreng untukku.Ibuku yang baik hati itu memebekalkan makanan tersebut untuk dibawa ke sekolah.Aku melonjat kegembiraan apabila menerima bekal itu dan wang dua dolar.Aku mengucapkan terima kasih lalu mendakap ibuku.Dengan cepat aku berlari ke sekolah.

Tiba di kelas,Amin,rakan sedarjah yang duduk di sebelahku kelihatan sedih dan muram.Aku telah mengenali Amin sejak darjah dua tetapi tidak rapat dengannya.Memang seorang yang ceria tetapi setelah ayahnya dibuang kerja dia menjadi seorang yang pendiam.Keluarganya memang ada masalah kewangan.Pada waktu rehat,Amin tidak ke kantin.Sebagai seorang rakan yang mengambil berat tentangnya,aku bertanya mengapa dia tidak ke kantin.Dia tidak menjawab pertanyaanku.Aku mula berasa risau tentang keadaannya.Aku sedar bahawa mungkin dia tidak membawa duit untuk membeli makanan.Aku pun tidak mahu masuk campur kerana Amin mungkin ingin bersendirian.Jadi aku pun berjalan bersama rakanku yang lain.Kantin itu menjadi riuh-rendahPelajar-pelajar mula beratur untuk membeli makanan.Sedang aku berjalan,aku ternampak sebuah kedai yamg baharu sahaja dibuka.

Makanan yang dijual kelihatan enak.Aku tertarik untuk membeli makanan itu.Tanpa berfikir panjang,aku ke kedai itu lalu membeli makanan tersebut.Makanan kegemaranku,Nasi Ayam,juga dijual di situ.Aku berbual sambil makan bersama rakanku.Nasi Ayam itu memang enak.Ayamnya sangat lembut.Aroma makanan itu membuat aku selera untuk makan.Sup yang dihidang sekali amat sedap.

Selepas aku makan,baru aku sedar bahawa bekal ibuku beri tidak dimakan.Aku teringin membuangnya kerana kalau terlalu lama makanan itu akan basi.Tiba-tiba,aku teringat tentang Amin.Dia mungkin lapar kerana tidak makan.Rasa kasihan timbul di hatiku.Makanan itu pun tidak dibazirkan.Jadi lemah.Aku pun memberi bekalku kepadanya.Dia mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah membantunya.Aku melmparkan senyaman mesra ke arahnya.Amin pun makan dengan gelojoh.Sejak hari itu,tali persahabatan kita lebih akrab.aku pun mencari Amin di kelas untuk memberikan bekalku kepadanya.Tiba di kelas,Amin kelihatan
 Aisyah Manan 6/2

Memberi pertolongan

          Saya sedang membaca surat khabar lalu teringat kemalangan yang telah berlaku beberapa hari yang lalu.

          Ring! Bunyi jam saya. Jam saya menunjukkan pukul enam pagi. Saya bersiap sedia untuk ke sekolah. Seperti biasa, saya menuju ke sekolah dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan ke sekolah, saya terdengar bunyi loceng basikal.saya menoleh ke arah bunyi loceng basikal itu lalu ternampak sebuah basikal mendekati saya.

          Rupa-rupanya ia adalah seorang lelaki yang membawa banyak surat khabar. Semasa dia memberhentikan basikalnya, semua surat khabar itu terjatuh dan bertaburan di tempat itu. Saya, yang berasa kasihan, bercadang untuk membantu lelaki itu. Selepas sepuluh minit, saya dan lelaki itu selesai mengutip surat khabar yang banyak itu. Lelaki itu pun mengucapkan terima kasih kepada saya.

          Jam tangan saya menunjukkan pukul tujuh pagi. Saya sudah lewat ke sekolah. Saya berlari seperti lipas kudung kerana berasa takut. Pada masa yang sama hati saya berdebar-debar. Apabila saya tiba di sekolah, peluh membasahi pipi saya dan baju saya basah kuyup. Di dalam kelas, guru saya, Cikgu Ahmad, sedang berdiri di hadapan pintu kelas. Hati saya berdegup-degup ketakutan.
          Saya mencuba untuk memberanikan diri saya lalu memberitahu Cikgu Ahmad apa yang telah terjadi. Selepas diberitahu apa yang telah terjadi, Cikgu Ahmad tersenyum lalu memuji saya kerana telah menolong seseorang. Hati saya pun berasa lega lalu duduk di tempat saya. Apabila saya pulang, saya berasa sangat riang selepas menolong lelaki itu. Sejak hari itu, saya mula menolong orang lain dengan menderma duit kepada orang yang miskin. Saya pun menolong orang yang memerlukan bantuan.

          “Abang, abang,” adik saya memanggilm kerana hendak bermain dengan saya.

          Saya pun mencuci muka saya lalu bermain bersamanya permainan-permainan yang dibeli oleh saya untuk hari lahir adik saya yang berumur lima tahun pada tahun itu.

Muhammad ‘Aqil   6/2

Buku PSLE : Soalan 10


    Rifqi sedang duduk di atas katilnya. Hari itu hari Sabtu. Kerja rumah dan kerja sekolah telahpun dia selesaikan. Dia berasa bosan. Tiada
benda yang boleh dia lakukan. Hanya kedengaran kipas angin yang ligat berputar-putar di ruang biliknya. Rifqi pun mula melihat pemandangan di
luar tingkap biliknya. Fikirannya mula menerawang jauh. Sekonyong-konyong,telefon berdering. Rifqi pun pergi ke ruang tamu untuk menjawab
panggilan telefon.

             “Rifqi,engkau hendak main bola keranjang bersama aku?” kedengaran suara rakan baik Rifqi, Alif.
       
              Kebetulan Rifqi pun tiada kerja untuk dilakukan. Dia pun bersetuju. Rifqi pun mencapai bola keranjangnya di bilik stor lalu keluar dari

rumah, menuju ke kolong blok kawannya, Alif. Rifqi dan Alif memang gemar sekali bermain bola keranjang. Selalunya, semasa waktu rehat di

sekolah, mereka berdua pasti akan bermain bola keranjang. Sebaik sahaja Rifqi melihat kelibat sahabatnya, Alif, dia terus menghampirinya sambil

menghentak-hentakkan bola keranjang itu ke lantai.Mereka dua sahabat, yang bagai isi dengan kuku itu pun, mula bermain.

               Titik-titik peluh mula membasahi dahi Rifqi.
              
               “Masuk!” Rifqi berteriak apabila melihat bola keranjang yang dilontarnya berjaya masuk ke dalam jaring. Semasa mereka sedang asyik

bermain, tiba-tiba, mereka ternampak seorang lelaki. Sebilah gunting yang dibawanya betul-betul mencurigakan mereka berdua.Lelaki itu kelihatan

tergesa-gesa. Kotak fikiran mereka berdua penuh dengan tanda tanya. Rifqi dan Alif pun bercadang untuk mengekori lelaki itu. Mereka

bersembunyi di belakang tembok-tembok di kolong blok itu. Lelaki yang membawa gunting itu pun berjalan menghampiri sebuah basikal. Perbuatan

lelaki itu lebih mencurigakan Rifqi dan Alif. Berbagai-bagai soalan berlegar-legar di kotak fikiran mereka berdua. Lelaki itu telah mengeluarkan

sebilah alat yang sangat tajam lalu memotong rantai sebuah basikal yang diikat di sebatang tiang.

            “Jikalau basikal itu miliknya, mengapa dia harus memotong rantai basikalnya? Ohh! Mungkin kunci rantai basikalnya telah hilang.” Rifqi

berkata.

            “Tetapi, mengapa dia harus membawa berbagai alat-alat yang tajam?” Alif bertanya.

             
             Soalan-soalan itu betul-betul mengelirukan mereka. Tiba-tiba, Alif ada sebuah idea. Alif memberitahu Rifqi ideanya dengan perlahan untuk

memastikan lelaki itu tidak terdengar perbualan mereka. Alif telah bercadang untuk menangkap lelaki itu untuk bertanya mengapa dia harus

berbuat demikian. Semasa Rifqi menepuk bahu lelaki itu, reaksi muka lelaki itu bertukar menjadi terperanjat. Lelaki itu cuba untuk melarikan diri,

Kebetulan, pemilik basikal itu telah berada di situ untuk mengambil basikalnya. Lelaki itu tercegat di situ kerana tidak dapat melarikan diri.

Rupa-rupanya, lelaki itu berniat untuk mencuri basikal itu. Pemilik basikal itu pun menelefon polis. Pencuri itu pun telah diberkas oleh polis.

Rupa-rupanya, polis sudah lama mencari lelaki itu. Dia telah banyak kali mencuri basikal di estet perumahan Woodlands. Rifqi dan Alif pun

diberikan buah tangan daripada pemilik basikal itu kerana sikap pantas mereka. Mereka pun pulang ke rumah dengan gembira sekali.

Nur Afrina Atiqah(6/2MT)(6/5F)

Buku PSLE : Soalan 7

Buku PSLE:Soalan 7              

                    “Aku harus cepat!” bisik hatiku.
                    Aku tidak sabar untuk ke sekolah.Aku harus bersarapan di sekolah kerana ibuku tidak dapat menyiapkan sarapan pagi kerana terlewat untuk ke tempat tugas.Perutku mula berbunyi.Aku sudah terlalu lapar.Badanku lemah longlai.Bukan sahaja aku belum bersarapan malah aku juga perlu berjalan kaki ke sekolah.Aku mendengus kemarahan.Ini bukan kali pertama aku tidak dapat bersarapan di rumah.Setelah aku siap,aku bergegas ke sekolah.Perjalanan ke sekolah dan rumah hanya mengambil masa lima belas minit.Setibanya di sekolah,aku meluru ke kantin.Perutku sudah berkeroncong.Aku dengan segera memesan mi rebus yang dijual di kantin.Mi rebus itu sememangnya lazat boleh membuat air liur seseorang itu mengalir.
                     Aku duduk menikmati mi rebus yang telah  dipesan.Aroma mi rebus itu wangi sekali sehingga menusuk ke dalam lubang hidungku.Aku makan dengan lahapnya tanpa meminum ar.Aku mengendahkan keadaan yang berlaku di sekelilingku.Setelah selesai aku menikmati makanan itu,aku bangun lalu mengangkat beg dan failku sekolahku  yang diletakkan di bangku.Aku terus mengangkat kakiku dan berjalan untuk ke kelas.Ketika aku sedang berjalan,aku ternampak makcik Nora yang bekerja sebagai seorang pegawai pembersih di sekolahku.Makcik Nora telah lama bekerja di situ dan aku mengenalinya.Aku sempat menyapanya dengan mengatakan selamat pagi.Makcik Nora yang sedang mengemop lantai itu membalas membalas sapaanku dengan senyuman yang manis sehingga menampakkan barisan gigi yang putih bak asmaradanta.Aku terus berjalan setelah menyapanya.Aku harus segera ke kelas.
                   Setibanya di kelas,kelihatan kelibat Cikgu Aisyah sudah berada di kelas.Aku berlari masuk dan nenuju ke arah tempat dudukku.Cikgu Aisyah  adalah guru Bahasa Ibundaku.Dia merupakan seorang guru yang berdedikasi tetapi garang.Walaupun begitu,aku tetap menganggap dirinya seorang guru yang baik hati.Selepas memberi hormat, Cikgu Aisyah dengan segera meminta lembaran kerja yang diberikannya supaya dihantar.Aku mencari kertas itu di dalam failku.Tidakku sangka bahawa lembaran kerjaku tidak ada dalam fail.Sedang aku masih mencari-cari,aku teringat bahawa mungkin kertasku tercicir di kantin.Aku meminta izin untuk ke kantin untuk mencari kertas itu.Guruku mengizinkanku pergi.Di kantin,aku terjumpa dengan kertas itu tetapi lembaran itu basah kuyup dan kotor akibat perbuatan Makcik Nora yang mngemop lantai.Aku tahu itu bukan kesalahannya.Dia hanya menjalankan tugasnya.Aku pulang ke kelas dengan wajahku masam mencuka.Aku menjelaskan kepada Cikgu Aisyah mengenai kejadian itu.
                     Aku bernasib baik kerana guruku memberiku peluang dan memberiku lembaran yang baru.Aku menghembus nafas lega.Aku mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aisyah.Kejadian itu benar-benar mengajarku bahawa aku tidak boleh cuai.
 Qurratu'aini 6/1

Lisan:Ceritakan pengalaman kamu pergi ke sebuah bazar.

Ya, saya pernah pergi ke sebuah bazar.Bazar itu terletak di Woodlands.Saya dan keluarga saya selalu pergi ke bazar pada bulan Ramadhan.Keadaan bazar itu amat panas dan riuh.Ramai berada di bazar itu.

Ada satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Pada ketika itu, saya telah pergi ke bazar bersama 
Setelah kami tiba di bazar hujan turun dengan lebat sekali.Keadaan di bazar itu daripada panas menjadi sejuk.Air hujan itu membasahi barang-barang di situ sehingga kami tidak dapat membelinya.

Pada pendapat saya penjual-penjual sepatutnya mengguna khemah yang lebih besar supaya barang-barang itu tidak basah.Itulah pengalaman saya pergi ke sebuah bazar.

Nurul Altrishah 6/5

Lisan:Ceriatakan pengalaman kamu menaiki pengangkutan awam

Ya saya selalu menaiki pengangkutan awam. Saya menaiki pengangkutam awam seperti bas, keratapi dan teksi untuk ke tempat destinasi. Saya rasa Singapura mempunyai pengankutan awam yang baik kerana semua pengangkutan awam selesa dan berhawa dingin.

Ada satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Dua minggu yang lepas, saya menaiki sebuah bas. Pada hari itu saya hendak ke sekolah. Di dalam bas itu, ada ramai orang. Saya beruntung untuk mendapat tempat duduk. Tiba-tiba, saya ternaopak seorang wanita tua menaiki bas. Wanita itu membawa beg plastik yang banyak dan ia kelihatan berat. Tidak ada orang yang mahu memberikan tempat duduk.

Saya berasa kasihan melihat wanita tua itu. Dengan segera, saya bangun daripada tempat duduk dan memberikan tempat duduk saya dan memberikannya tempat duduk itu. Wanita itu pun mengucapkan terima kasih.

Pada pendapat saya penumpang-penumpang lain sepatutnya menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan.

Hanni 6/9b

Lisan:Ceritakan pengalaman kamu membantu guru di sekolah.

Ya,saya pernah membatu guru di sekolah.Pada ketika itu,saya sedang berjalan menuju ke kantin kerana ia waktu rehat.Tiba-tiba,saya ternampak seorang guru di tangga dengan membawa buku yang banyak.Dia juga hamil.

Pada ketika itu, ada suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.Ramai murid yang berjalan di situ tidak mengambil inisiatif untuk menolong guru itu.Saya berasa kasihan terhadap guru itu.Murid-murid itu seharusnya menghulurkan bantuan.

Dengan segera, saya menghulurkan bantuan kepada guru itu.Guru itu pula mengukirkan senyuman terhadap saya.Dia mengucapkan terima kasih.Saya pun meletakkan buku-buku itu di atas mejanya.

Pada pendapat saya, saya rasa,murid-murid lebih bertimbang rasa.Itulah pengalaman saya membantu guru di sekolah.

Siti Nurhanis 6/3

Sunday, 14 August 2011

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu melakukan aktiviti bekerjasama dengan rakan sekelas.

Ya.saya pernah melakukan aktiviti bekerjasama bersama rakan sekelas.Guru mata pelajaran Sains mengarahkan kami menghasilkan sebuah projek tentang tumbuhan pokok-pokok.Guru kami memberi masa yang singkat untuk melakukan projek itu.

Saya telah mengarahkan rakan saya untuk melukis gambar pokok.Ada satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Semasa melukis,rakan saya yang melukis itu terasa dahaga.Dia pun mengambil botol airnya dan minum.Namun, air itu tertumpah ke lukisan itu.Kertas itu basah sehinggakan berlubang.Lukisan itu rosak dan harus dilukiskan kembali.

Pada pendapat saya,dia sepatutnya berhati-hati kerana ia mengakibatkan projek itu selesai lewat.Itulah pengalaman saya bekerjasama bersama rakan saya.
Erza 6/8b

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu menyaksikan sebuah konsert

Saya pernah menyaksikan sebuah konsert. Konsert itu diadakan di sekolah sempena Hari Guru. Pada hari itu saya dan kawan-kawan saya melihat rakan-rakan lain membuat persembahan. Terdapat ramai ibu bapa yang dijemput untuk konsert itu. Mereka kelihatan gembira. Saya telah disuruh untuk merakam video semasa persembahan konsert itu.

Ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan. Apabila saya sedang merakam video, saya terlihat salah satu dari rakan yang membuat persembahan terjatuh dan kakinya berdarah. Saya berasa kasihan melihatnya. Saya segera membantu dan membawanya ke pejabat untuk menelefon ibubapanya.

Pada pendapat saya budak itu harus berhati-hati semasa membuat persembahan. Jika tidak berhati-hati dia boleh cedera,.

Itulah pengalaman saya menyaksikan sebuah konsert.

Aisyah Rosli 6/9B

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu menghadiri sebuah majlis (2)

Saya pernah menghadiri sebuah majlis. Majlis itu dianjurkan oleh keluarga saya. Majlis itu ialah majlis hari lahir kakak saya. Kami sekeluarga telah membeli barang-barang yang diperlukan. Pada hari itu, ibu saya telah memasak berbagai juadah untuk dimakan. Beberapa jam kemudian, orang-orang yang dijemput pun hadir.

Mereka menjamu juadah ringan yang disediakan oleh ibu saya. Beberapa minit kemudian, barulah kakak saya keluar dari bilik dengan berpakaian cantik. Kek yang telah dihidangkan sudah sedia untuk dipotong. Kami sekeluarga dan orang-orang yang dijemput menyanyikan lagu hari lahir untuk kakak saya.

Ada satukejadian yang tidak dapat saya lupakan. Cawan yang dipegang abang saya terjatuh.Air cawan itu tumpah dan cawan itu retak. Abang saya berasa sungguh malu. Ayah saya pun mengambil sehelai kain lalu mengelap tumpahan air itu. Pada pendapat saya, abang saya sepatutnya meletakkan cawan tersebut di atas meja agar kejadian itu tidak berulang.

Itulah pengalaman saya menghadiri sebuah majlis

Akashah 6/4

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu menghadiri sebuah pesta

Saya pernah menghadiri sebuah pesta. Hari itu ialah hari lahir rakan saya. Saya dijemput oleh rakan saya untuk menghadiri pesta itu. Pesta itu sangat meriah. Ramai orang yang menghadiri pesta tersebut. Rumah rakan saya dihiasi dengan banyak belon.

Sedang saya memasuki rumahnya, saya lihat ramai orang sedang berdansa dan ada pula yang sedang makan. Keadaan sangat riuh sekali. Saya rasa ingin berdansa juga. Sebelum itu, saya perlu mencari rakan saya untuk diberikan hadiahnya. Saya terjumpanya di dapur rumahnya.

Ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan. Ada seorang lelaki sedang membawa pinggan yang berisi makanan. Lelaki itu terlanggar saya dan pinggannya terjatuh ke lantai. saya dengan segera membantunya bangun dan menolong mengangkat pinggannya yang telah terjatuh itu.

Pada pendapat saya, lelaki itu sepatutnya berhati-hati semasa berjalan. Saya juga perlu mengawasi keadaan sekeliling saya agar tidak lagi melanggar sesiapa di tempat itu.

Itulah pengalaman saya pergi ke sebuah pesta.

Baqir 6/9A

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu pergi ke sebuah taman

Saya pernah pergi ke sebuah taman yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Saya pergi ke taman itu pada cuti sekolah. Saya pergi ke sana dengan rakan sekelas. Kami berdua berjalan kaki ke sana ke sana kerana taman itu tidak jauh daripada rumah kami. Kami pergi ke sana kerana kami ingin mengulangkaji pelajaran dan pada masa yang sama menenangkan fikiran.

Bila tiba di sana, tempat itu amat menenangkan. Banyak perubahan yang dapat dilihat di sana. Kami mula mencari tempat yang sesuai lalu mula mengeluarkan buku-buku latihan yang kami bawa. Ada satu kejadian yang tidak boleh saya lupakan. Ada seorang lelaki muda yang berjalan di situ sambil memegang telefon bimbitnya. Tiba-tiba datang seorang remaja telah merampas telefon bimbit lelaki itu. Lelaki itu pun ternampak kami berdua dan meminta bantuan kami. Kami segera memberi bantuan. Kami bertiga mengejar pencuri itu. Akhirnya kami dapat menangkap pencuri itu. Lelaki muda itu pun menelefon polis. Beberapa minit berlalu, kereta polis pun tiba. Kami menyerahkan pencuri itu kepada pegawai polis.

Pada pendapat saya, lelaki muda itu harus berhati-hati semasa memegang telefon bimbitnya. dia sepatutnya memasukkan telefonnya ke dalam sebuah beg atau koceknya.

itulah pengalaman saya pergi ke sebuah taman

Haziq 6/9B

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu menghadiri sebuah majlis

Saya pernah menghadiri sebuah majlis. Majlis itu ialah majlis perkahwinan saudara saya. Ia diadakan di kolong bloknya. Ramai orang menghadiri majlis itu. Majlis itu sangat meriah dan tempat itu dihias indah dengan bunga-bunga. Semasa di sana saya dapat berjumpa ramai sanak saudara saya yang lain. Saya gembira dapat berjumpa dengan mereka.

Satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan semasa majlis itu ialah seorang saudara saya yang masih kecil tertumpahkan air di dalam kuih muih kegemaran saya. Habis semua kuih itu tidak boleh dimakan. Ibunya terpaksa membuang kuih itu. Pada mulanya ibu berasa sangat marah terhadapnya. Tetapi apabila dia sudah meminta maaf berkali-kali, kemarahannya ibunya pun reda. Budak itu menangis teresak-esak. Saya pun menyuruhnya berhenti menangis kerana dia tidak sengaja. Saya mengajak saudara saya itu untuk mengambil sepiring kuih yang baru.

Pada pendapat saya kita harus lebih berhati-hati supaya kemalangan tidak mudah berlaku. Itulah pengalaman saya pergi ke sebuah majlis.

Syazwan 6/4

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu makan di sebuah restoran

Saya pernah makan di sebuah restoran. Restoran itu terletak di Pusat Membeli Belah Causeway Point. Saya pergi bersama keluarga saya. Pada hari itu, saya tidak bersekolah dan ibu bapa saya pula tidak bekerja. Kami menaiki bas untuk ke sana. Apabila kami tiba di sana, terdapat ramai orang di sana. Keadaan amat sesak.

Saya terhidu bau makanan yang enak membuatkan saya lebih lapar dan tidak sabar untuk makan. Oleh kerana kesesakan di situ, amat susah untuk mencari tempat duduk. Nasib baik kami mendapat sebuah tempat duduk. Ibu saya pun memesan air sementara bapa saya memesan makanan. Saya pula duduk menunggu di meja yang telah kami pilih. Sedang saya menunggu, saya ternampak seorang budak kecil yang sedang membawa sedulang makanannya. Budak itu cuba memegang dulang itu dengan berhati-hati. Saya lihat di tidak begitu kuat untuk mengangkat makanan itu. Dia pun terlepaskan pegangannya menyebabkan dulang itu terjatuh. Habis makanan itu tertumpah dan baju budak itu pun kotor. Nasib baik makanan tidak begitu panas. Kalau tidak tentu tangannya akan melecur.

Orang ramai mula melihat budak itu. tiada orang yang ingin menolong nya. Saya pun menawarkan pertolongan. Saya menghantarkannya ke ibu bapanya. Pada pendapat saya, budak itu tidak patut membawa makanan itu kerana dia masih kecil untuk mengangkat barang berat. Sepatutnya ibu bapanya yang perlu mengangkat makanan itu. Sekiranya ibu bapanya yang mengangkat makanan itu, sudah tentu kejadian itu tidak berlaku.
Itulah pengalaman saya makan di sebuah restoran.

Asri 6/3

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu pergi ke sebuah pameran

Saya pernah pergi ke sebuah pameran. Terdapat ramai orang di tempat itu. Pameran diadakan di Expo SIngapura. Saya dan keluarga saya ke sana pada hujung minggu. Ayah selalu membaca suratkhabar untuk mencari maklumat mengenai pameran yang diadakan di Expo Singapura.

Salah satu pameran yang kami hadiri ialah pameran Makanan. Saya dan adik saya melihat ramai kaum wanita yang berada di pameran itu. Saya dan keluarga saya mencari buku tentang masakan istimewa. Ibu saya hendak membeli buku itu kerana dia hendak menambah ilmu memasak. Selepas mencari buku itu, kami sekeluarga pergi ke kaunter pembayaran. Ada kalanya saya ditolak kerana ramai orang hendak membuat bayaran manakala ruang di situ sempit. Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ketika ibu bapa saya sedang membayar harga buku itu, saya dan adik saya mula bersandar di sebatang papan putih. Ketika kami sedang bersandar, papan itu jatuh dan menarik perhatian orang ramai. Papan itu sebenarnya sebatang kayu.

Ibu bapa kami menuju ke arah kami lalu memarahi kami. Pada pendapat saya, saya dan adik saya harus lebih berhati-hati dan peka akan keadaan sekeliling. Saya dan adik saya pelajari bahawa kami perlu melihat sekeliling dahulu sebelum duduk atau sandar. Itulah pengalaman saya pergi ke sebuah pameran.

Sufi 6/5

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu membeli belah di sebuat pusat membeli belah

Saya pernah membeli belah di sebuah pusat membeli belah. Pada hari itu saya dan keluarga saya sedang membeli barang keperluan untuk bulan Ramadhan. Pusat membeli belah itu sangat sesak dengan orang ramai yang membeli belah dan orang ramai yang asyik menjual barangan di situ. Kebanyakan orang-orang yang berada di sana terdiri daripada umat Islam yang sibuk berbelanja untuk berbuka.

Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Semasa di pusat membeli belah, saya sedang berjalan di lorong yang mempamerkan barangan kaca. Saya ternampak seorang lelaki yang mencurigakan. Dia sedang membelek-belek sebotol kaca dan sedang memerhatikan seorang wanita yang berada di belakangnya. Saya ternampak di dalam bakul wanita itu ada dompet wanita itu. Belum sempat saya memberitahu wanita itu, lelaki mencapai dompet wanita itu. Saya terus mengejar lelaki itu sambil memekik untuk menarik perhatian orang ramai. Belum sempat lelaki itu keluar dari pusat membeli belah, dia ditahan oleh sekumpulan lelaki. Pada pendapat saya, walaupun kita dalam keadaan terdesak, kita tidak patut mencuri kerana ia perbuatan yang salah. Itulah pengalaman saya membeli belah di sebuah pusat membeli belah.

Amir 6/1

LIsan : Ceritakan pengalaman kamu bercuti bersama keluarga

Saya pernah bercuti bersama keluarga saya. Pada hari itu keluarga saya terpaksa bangun awal kerana bapa saya tidak terlewat akibat kesesakan trafik. Sebenarnya ibu saya yang ingin sekali bercuti di Kuala Lumpur kerana makanan-makanan dan barangan yang dijual di sana murah.

Saya dan kakak saya sebenarnya tidak suka bercuti tetapi kami berdua juga bosan jika terpaksa duduk di rumah sepanjang cuti sekolah penggal dua itu.

Kami bercuti di sana selama empat hari. Pada hari kedua cuti ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan. Saya dan keluarga saya telah menyaksikan satu kemalangan. Kami berasa terkejut melihat kejadian itu. Seorang pemuda yang sedang menaiki motosikalnya telah dilanggar sebuah kereta. Nasib baik pemuda itu hanya cedera ringan. Malangnya tangan dan kakinya berdarah. Saya berasa kasihan terhadap pemuda itu.

Pada pendapat saya pemandu kereta itu seharusnya lebih berhati-hati pada depan.

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu semasa berada di sebuah klinik.

Saya pernah ke sebuah klinik yang berdekatan dengan rumah saya. Saya ke klinik bersama kakak saya yang sedang mengalami demam panas. Kami sedang menunggu giliran kami untuk berjumpa doktor. Terdapat ramai pesakit di klinik itu yang juga ingin berjumpa doktor.

Pesakit-pesakit yang berada di klinik itu kelihatan lemah-longlai. Ada yang terbatuk-batuk manakala ada yang mengalami selesema. Sedang kami menunggu giliran, saya dan kakak saya membaca buku yang disediakan di tempat itu.

Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Ada seorang budak lelaki yang kira-kira berumur empat tahun tiba di klinik itu bersama ibunya. Kehadiran budak itu telah mengganggu pesakit-pesakit di klinik itu. Budak itu berlari-lari di sekeliling klinik itu sambil memekik sekuat hatinya. Kebanyakan pesakit di situ amat marah dengan kelakuan budak itu.

Ibu budak lelaki itu langsugn tidak menegur ataupun menasihati anaknya. Beliau sibuk menjawab panggilan di telefon bimbitnya. Pada pendapat saya ibu budak lelaki itu sepatutnya menasihati anaknya supaya berhenti mengganggu pesakit di situ. Ibunya harus lebih bertanggungjawab dan menghormati pesakit-pesakit di klinik itu. Mereka juga harus meminta maaf daripada pesakit-pesakit di situ. Itulah pengalaman saya berada di sebuah klinik.

Aisyah Manan 6/2

Lisan : Ceritakan pengalaman kamu menaiki pengangkutan awam

Saya selalu menaiki pengangkutan awam. Saya suka menaiki pengangkutan awam kerana ia bergerak dengan cepat dan saya boleh bergerak ke mana-mana di Singapura dalam masa yang singkat. Pengangkutan awam juga mengenakan harga yang berpatutan.

Ada satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Ketika itu saya berada di dalam kereta api gerak cepat. Saya sudah berdiri di dalam kereta api itu selama sepuluh minit. Beberapa minit kemudian, saya mendapat sebuah tempat duduk yang kosong. Saya segera menuju ke arah tempat duduk itu. Dengan tidak semena-mena, seorang budak lelaki yang agak-agak berumur tujuh tahun, berlari ke tempat duduk itu lalu duduk. Saya terperanjat dan tecegat di hadapan budak lelaki itu. Saya tergamam dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan atau katakan kepadanya.

Pada pendapat saya budak lelaki itu sepatutnya lebih sopan jika hendak tempat duduk itu. Saya tidak begitu menyalahkannya kerana dia hanya berumur tujuh tahun dan saya pula lebih dewasa. Lama-kelamaan saya akur yang saya perlu memberikan tempat duduk itu kepadanya. Itulah pengalaman saya menaiki pengangkutan awam.

Aqil 6/2