Monday, 15 August 2011

Buku PSLE : Soalan 10

    Rifqi sedang duduk di atas katilnya. Hari itu hari Sabtu. Kerja rumah dan kerja sekolah telahpun dia selesaikan. Dia berasa bosan. Tiada
benda yang boleh dia lakukan. Hanya kedengaran kipas angin yang ligat berputar-putar di ruang biliknya. Rifqi pun mula melihat pemandangan di
luar tingkap biliknya. Fikirannya mula menerawang jauh. Sekonyong-konyong,telefon berdering. Rifqi pun pergi ke ruang tamu untuk menjawab
panggilan telefon.

             “Rifqi,engkau hendak main bola keranjang bersama aku?” kedengaran suara rakan baik Rifqi, Alif.
       
              Kebetulan Rifqi pun tiada kerja untuk dilakukan. Dia pun bersetuju. Rifqi pun mencapai bola keranjangnya di bilik stor lalu keluar dari

rumah, menuju ke kolong blok kawannya, Alif. Rifqi dan Alif memang gemar sekali bermain bola keranjang. Selalunya, semasa waktu rehat di

sekolah, mereka berdua pasti akan bermain bola keranjang. Sebaik sahaja Rifqi melihat kelibat sahabatnya, Alif, dia terus menghampirinya sambil

menghentak-hentakkan bola keranjang itu ke lantai.Mereka dua sahabat, yang bagai isi dengan kuku itu pun, mula bermain.

               Titik-titik peluh mula membasahi dahi Rifqi.
              
               “Masuk!” Rifqi berteriak apabila melihat bola keranjang yang dilontarnya berjaya masuk ke dalam jaring. Semasa mereka sedang asyik

bermain, tiba-tiba, mereka ternampak seorang lelaki. Sebilah gunting yang dibawanya betul-betul mencurigakan mereka berdua.Lelaki itu kelihatan

tergesa-gesa. Kotak fikiran mereka berdua penuh dengan tanda tanya. Rifqi dan Alif pun bercadang untuk mengekori lelaki itu. Mereka

bersembunyi di belakang tembok-tembok di kolong blok itu. Lelaki yang membawa gunting itu pun berjalan menghampiri sebuah basikal. Perbuatan

lelaki itu lebih mencurigakan Rifqi dan Alif. Berbagai-bagai soalan berlegar-legar di kotak fikiran mereka berdua. Lelaki itu telah mengeluarkan

sebilah alat yang sangat tajam lalu memotong rantai sebuah basikal yang diikat di sebatang tiang.

            “Jikalau basikal itu miliknya, mengapa dia harus memotong rantai basikalnya? Ohh! Mungkin kunci rantai basikalnya telah hilang.” Rifqi

berkata.

            “Tetapi, mengapa dia harus membawa berbagai alat-alat yang tajam?” Alif bertanya.

             Soalan-soalan itu betul-betul mengelirukan mereka. Tiba-tiba, Alif ada sebuah idea. Alif memberitahu Rifqi ideanya dengan perlahan untuk

memastikan lelaki itu tidak terdengar perbualan mereka. Alif telah bercadang untuk menangkap lelaki itu untuk bertanya mengapa dia harus

berbuat demikian. Semasa Rifqi menepuk bahu lelaki itu, reaksi muka lelaki itu bertukar menjadi terperanjat. Lelaki itu cuba untuk melarikan diri,

Kebetulan, pemilik basikal itu telah berada di situ untuk mengambil basikalnya. Lelaki itu tercegat di situ kerana tidak dapat melarikan diri.

Rupa-rupanya, lelaki itu berniat untuk mencuri basikal itu. Pemilik basikal itu pun menelefon polis. Pencuri itu pun telah diberkas oleh polis.

Rupa-rupanya, polis sudah lama mencari lelaki itu. Dia telah banyak kali mencuri basikal di estet perumahan Woodlands. Rifqi dan Alif pun

diberikan buah tangan daripada pemilik basikal itu kerana sikap pantas mereka. Mereka pun pulang ke rumah dengan gembira sekali.

Nur Afrina Atiqah(6/2MT)(6/5F)

2 comments:

  1. Karangan
    Cuti sekolah sudah bermula akhirnya.Semestinya aku gembira kerana dapat merehatkan minda aku.Aku dapat melakukan aktiviti kegemaranku.Sedang aku menonton rancangan televisyen,tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi.Tanpa membuang masa,aku menjawab panggilan tersebut.

    Rupa-rupanya,rakanku,Halim yang menelefonku.Dengan perasaan gembira dia memberitahu rancangannya untuk bermain bola jaring di gelanggang berdekatan dengan rumah kami.Sudah tentu aku bersetuju.Lagipun,aku bosan di rumah dan ingin bersenam supaya badanku lebih cergas.

    Beberapa minit kemudian,kami bredua tiba di gelanggang bola jaring.Halim tiba di sana dengan bola yang baharu dibelinya.Kami bernasib baik kerana gelanggang itu tidak penuh dengan orang.Tempat itu sunyi dan sepi.Kami pun bermula bermain.Kami asyik bermain .Peluh mula membasahi dahi kami.Baju kami juga basah kuyup.Sedang kami bermain,aku terlihat seorang pemuda yang berlari dengan sebuah beg.Dia amat mencurigakan.

    Fikiranku asyik tertumpu kepada pemuda itu.Mungkinkah dia penjenayah?Aku memberitahu Halim tentang pemuda tersebut.Halim yang mendengar penjelasanku itu amat membmbangkannya.Aku pun bercadang untuk mengekori pemuda itu untuk memastikan dia bukan seorang penjenayah. Halim mulanya tidak setuju dengan rancanganku itu kerana berfikir perbuatan itu amatlah bahaya tetapi setelah mendengar penjelasanku dia akhirnya setuju jaga .Kami berhati-hati supaya tidak ditangkap oleh pemuda itu.Kami bersembunyi di belakng tembok supaya tidak dapat dilihat.Aku tidak sabar untuk mendapat tahu tentang pemuda itu.

    Kami ternampak pemuda itu berjalan ke arah sebuah basikal yang baharu dan canggih.Mungkinkah itu basikalnya?Jangkaanku salah.Rupa-rupanya,dia sedang mencuri.Mataku terbeliak besar ketika melihat pemuda itu memotong rantai basikal itu.Halim yang berada di sebelahku juga terkejut .Dia terus terpaku ke lantai.Aku yang terkenal dengan sikap beraniku,tergesa-gesa mencari idea bagaimana untuk memberkas pemuda itu.Halim hanya mendiamkan diri kerana terlalu takut.Aku sedanfg berusaha untuk mencari idea.Akhirnya ,aku mendapat akal.Aku membisik rancanganku ke telinga Halim .Halim dengan cepat tidak bersetuju dengan rancanganku kerana terlalu bahaya.Aku dengan keras kepala ingin melakukan ideaku itu.

    Tanpa berfikir panjang,aku terus ke arah pemuda tersebut lalu menyuruhnya berhenti.Pemuda itu tersengih lalu mengambil sebilah pisau dari begnya lalu menikamku di perutku.Aku tidak sempat lari.Aku meraung kesakitan.Darah mengalir dariperutku lalu aku pengsan.

    Aisyah Manan 6/2

    ReplyDelete
  2. Karangan(Soalan 10)