Monday, 15 August 2011

Buku PSLE : Soalan 10



  "Gol!" aku teriak keriangan.

 Pasukan 'Los Angeles Lakers' memasukkan gol ke dalam jaring pasukan 'Rockets'. Perlawanan bola keranjang sungguh sengit. Kedua-dua pasukan cuba memasukkan gol ke dalam jaring lawan. Perlawanan berakhir dengan markah seri.

 Saya memang gemar menonton perlawanan bola keranjang. Bola keranjang merupakan sukan kegemaran saya. Saya selalu bermain bola keranjang bersama kawan rapat saya, Andrew. Andrew keturunan barat tetapi dia amat fasih berbahasa Melayu.

 Pada sebelah petang itu, saya menerima panggilan daripada Andrew. Dia mengajak saya bermain bola keranjang di gelanggang bola keranjang. Tanpa membuang masa, saya bersiap-siap untuk bermain. Saya memakai jersi pasukan kegemaran saya iaitu 'Los Angeles Lakers'.

 Kami berjumpa di gelanggang. Kami pun bermula main. Aku memasukkan bola ke dalam jaring. Ketika Andrewmelontar bola ke saya, saya terpandang ke arah kawan saya,Jing Shen,yang sedang tergesa-gesa. Dia kelihatan membawa gunting yang besar di dalam begnya. Jing Shen kelihatan mencurigakaan.

 Saya memberitahu Andrew. Kami bercadang untuk mengekori dari belakang. Jing Shen berhenti di depan sebuah basikal yang dimangga ke tiang. Saya dan Andrew bersembunyi di belakang dinding. Kami melihat aksi yang seterusnya. Rupa-rupanya, Jing Shen sedang mencuri basikal. Dia cuba memotong rantai dengan gunting besar sambil berpeluh sejuk.

 Andrew mendapat satu idea. Dia memberitahu saya untuk menelefon polis. Kami akan menahan Jing Shen. Selepas menelefon polis, kami serbu lalu menahan Jing Shen. Kami berjaya menahan Jing Shen. Tidak beberapa lama kemudian, pegawai polis pun datang. Mereka memberkas Jing Shen. Kami juga dibawake balai polis untuk disoal.

 Kami mendapat tahu bahawa Jing Shen telah mmelakukan jenayah itu beberapa kali sejak tahun lalu. Jika perkara itu diketahui oleh sekolah, pasti dia akan dibuang sekolah. Kami bergembira kerana kami dapat menghentikan jenayah daripada berlaku.
Iskandar 6/3

1 comment:

  1. Karangan - Buku PSLE Soalan 10
    Ayahku memandang ke arah kami berdua. Dia tersenyum. Aku dan Alif gembira pegawai-pegawai polis dapat menangkap pencuri basikal itu. Ketika kami terlihat pencuri itu dibawa masuk ke dalam kereta polis, aku teringat kejadian yang berlaku.
    Aku bosan bersendirian di rumah. Ibubapaku bekerja dan kakakku perlu pergi ke sekolah untuk kelas tambahan. Aku melihat ke jam di dinding. Sudah pukul satu setengah. Aku berfikir apa yang boleh dilakukan. Tiba-tiba, telefon rumah berbunyi. Aku pun menjawab panggilan itu.
    “Adil, awak hendak bermain di kolong blok? Kami boleh bermain dengan bola kamu,” Alif, kawan baikku bertanya.
    “Jumpa awak di kolong blok,” aku berkata.
    Aku pun mengambil bolaku lalu menuju ke kolong blok.Tiba di kolong blok, aku ternampak Alif sedang menunggu di ditu. Aku pun melamparkan bolaku ke arah Alif. Beberapa minit kemudian,kami berasa penat. Peluh membasahi badan kami.
    “Mari kami berehat seketika,” Alif memberitahu aku.
    Dia pun melemparkan bolaku kepada aku. Ketika aku hendak mengambil bolaku, aku ternampak seorang leleki yang mencurigakan. Aku terlihat sesuatu di dalam begnya. Benda itu seperti beda yang wayahku menggunakan untuk memotong sesuatu. Aku mula berasa hairan.
    “Alif, lelaki itu sungguh mencurigakan,” aku berkata.
    Alif memandang ke arh lelaki itu. Dia pun berasa yang lelaki itu mencurigakan. Kami mengekorinya.Lelaki itu berjalan ke sebuah basikal lalu duduk di hadapan basikal itu. Kami segera bersembunyi di belakang sebuah tembok supaya tidak dilihat oleh lelaki itu. Tiba-tiba, lelaki itu memotong rantai basikal itu.
    “Adil, apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu?” Alif bertanya.
    “Dia sedang mencuri basikal!” aku memberitahunya dengan perasaan terperanjat.
    Kami terkejut melihat perbuatan leleki itu.
    “Apa yang harus dilakukan?” Alif bertanya.
    Tiba-tiba, aku ternampak dua orang leleki yang berpakaian seragam polis sedang meronda di kolong blok berdekatan.
    “Mari memberitahu mereka!” aku memberitahi Alif.
    Aku berlari ke pegawai-pegawai polis itu. Mereka hairan mengapa aku kelihatan terpenjat.
    Seorang sedang mencuri!” aku berkata.
    Mereka pun berlari ke kolong blok itu. Pencuri itu terkejut melihat pegawai-pegawai polis itu. Dia cuba melarikan diri tetapi pegawai-pegawai polis itu dapat menangkap dia.
    Tiba-tiba, aku terdegar seseornag memanggil namaku. Aku terjaga dari lamunanku. Aku memandang ke belakang. Aku terlihat ibuku. Aku memeluknya. Dia lega aku tidak cedera. Aku gembira Alif dan aku dapat menolong orang lain. Aku berasa bangga dengan diriku sendiri.
    Khairuna 6/1

    ReplyDelete