Monday, 15 August 2011

Buku PSLE : Soalan 9



Karangan Soalan 9
        Dari bilikku,aku dapat menghidu masakkan ibuku pada pagi itu.Daripada bau makanan itu,aku tahu makanan itu mesti enak dan sedap.Dengan tidak membuang masa,aku bersiap sedia ke sekolah supaya tidak lewat.Aku jaga sungguh gembira dan tidak sabar untuk rasa makanan ibu itu.

Sebelum ke sekolah,aku bersarapan.Rupa-rupanya ibu telah menyediakan nasi goreng untukku.Ibuku yang baik hati itu memebekalkan makanan tersebut untuk dibawa ke sekolah.Aku melonjat kegembiraan apabila menerima bekal itu dan wang dua dolar.Aku mengucapkan terima kasih lalu mendakap ibuku.Dengan cepat aku berlari ke sekolah.

Tiba di kelas,Amin,rakan sedarjah yang duduk di sebelahku kelihatan sedih dan muram.Aku telah mengenali Amin sejak darjah dua tetapi tidak rapat dengannya.Memang seorang yang ceria tetapi setelah ayahnya dibuang kerja dia menjadi seorang yang pendiam.Keluarganya memang ada masalah kewangan.Pada waktu rehat,Amin tidak ke kantin.Sebagai seorang rakan yang mengambil berat tentangnya,aku bertanya mengapa dia tidak ke kantin.Dia tidak menjawab pertanyaanku.Aku mula berasa risau tentang keadaannya.Aku sedar bahawa mungkin dia tidak membawa duit untuk membeli makanan.Aku pun tidak mahu masuk campur kerana Amin mungkin ingin bersendirian.Jadi aku pun berjalan bersama rakanku yang lain.Kantin itu menjadi riuh-rendahPelajar-pelajar mula beratur untuk membeli makanan.Sedang aku berjalan,aku ternampak sebuah kedai yamg baharu sahaja dibuka.

Makanan yang dijual kelihatan enak.Aku tertarik untuk membeli makanan itu.Tanpa berfikir panjang,aku ke kedai itu lalu membeli makanan tersebut.Makanan kegemaranku,Nasi Ayam,juga dijual di situ.Aku berbual sambil makan bersama rakanku.Nasi Ayam itu memang enak.Ayamnya sangat lembut.Aroma makanan itu membuat aku selera untuk makan.Sup yang dihidang sekali amat sedap.

Selepas aku makan,baru aku sedar bahawa bekal ibuku beri tidak dimakan.Aku teringin membuangnya kerana kalau terlalu lama makanan itu akan basi.Tiba-tiba,aku teringat tentang Amin.Dia mungkin lapar kerana tidak makan.Rasa kasihan timbul di hatiku.Makanan itu pun tidak dibazirkan.Jadi lemah.Aku pun memberi bekalku kepadanya.Dia mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah membantunya.Aku melmparkan senyaman mesra ke arahnya.Amin pun makan dengan gelojoh.Sejak hari itu,tali persahabatan kita lebih akrab.aku pun mencari Amin di kelas untuk memberikan bekalku kepadanya.Tiba di kelas,Amin kelihatan
 Aisyah Manan 6/2

4 comments:

  1. Soalan 9

    “Uh! Mi lagi…” Aku mengeluh apabila melihat ibuku meletakkan mi di dalam bekalku.

    Ibu menghulurkan bekalku dan wang dua dolar kepadaku sebelum pergi ke sekolah. Pada hari itu ialah hari yang aku amat sukai kerana hari ini tiada subjek mathematic. Tidak lama kemudian, aku sampai ke sekolah. Beberapa jam sudah lepas. Akhirnya, loceng sekolah berbunyi. Aku dan rakan-rakan kelas yang lain melompat keriangan. Tanpa membuang masa, aku mengambil bekalku. Aku menoleh ke kanan dan mendapati bahawa Azhari masih tidak ke kantin. Dia kelihatan sedih. Aku bertanya mengapa dia tidak ke kantin. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Aku pun bergegas ke kantin.

    Aku melihat di sekeliling kantin. Terdapat banyak gambar makanan yang terpampang di gerai-gerai itu. Aku tertarik dengan makanan yang dijual. Aku rambang mata kerana makanan itu kelihatan sedap. Akhirnya, aku pun membeli sepinggan nasi lemak. Aku mencari tempat duduk lalu makan dengan lahap. Nasi lemak itu sungguh sedap.

    Apabila sudah selesai makan, aku mendapati bahawa aku terlupa untuk makan bekalku. Aku mengangkat bekalku untuk dibuang kerana aku sudah kenyang. Baru sahaja aku hendak buang bekalku, wajah Azhari yang sedih terpampang di mindaku. Aku bergegas ke kelas dan mendapati bahawa Azhari sedang menangis. Apabila matanya terpandang ke arahku, dia dengan pantas mengesat air matanya. Sebagai rakan yang baik, aku bertanya mengapakah dia menangis. Azhari pun memberitahu bahawa ayahnya menghidap penyakit barah. Keluarganya tiada cukup wang untuk membayar kos rawatan ayahnya.

    Aku terkejut mendengar setiap perkataan yang Azhari sebutkan. Aku ingin membantu Azhari kerana aku tidak mahu Azhari hidup seperti aku. Ayahku juga telah meninggal dunia akibat penyakit barah. Aku berjumpa dengan guruku, Cikgu Juliana, untuk meminta bantuan. Setelah mendengar masalah Azhari, dia bercadang bahawa kami boleh memungut derma. Pada keesokan harinya, pelan itu dijalankan tanpa pengetahuan Azhari. Pada lewat malam hari itu, wang yang diderma sudah mencukupi. Aku bersama Cikgu Juliana menuju ke hospital. Cikgu Juliana memberi wang itu kepada keluarga Azhari untuk membantu membayar kos rawatan. Setelah dibayar, ayah Azhari telah pulih.Aku sedar bahawa aku tidak harus membazir makanan yang telah ibuku siapkan.

    Adriana 6/5

    ReplyDelete
  2. Karangan- Buku PSLE Soalan 9
    Aku gembira melihat Alif makan roti itu dengan gelojoh. Aku lega Alif dapat makan. Alif memandang ke arah aku. Dia tersenyum. Sedang dia menghabiskan roti itu, aku teringat apa yang terjadi sebelum itu.
    Aku menuju ke arah ibuku di ruang tamu. Dia mencium pipiku. Aku mengambil wang dua dolar dan bekal yang disiap olehnya. Aku pun hairan mengapa ibuku memmberiku dua dolar dengan bekal yang sudah cukup untukku.
    “Kalau kamu lapar lagi, kamu boleh membeli makanan di sekolah.”ibuku berkata.
    Aku tersenyum. Aku pun melambai dan berjalan ke sekolah dengan gembira. Tiba di sekolah, aku ternampak rakanku, Siti. Kami pun berjaln ke kelas bersama-sama smabil berbual-bual. Kami duduk di tempat masing-masing. Keadaan di dalam kelas sungguh riuh. Murid-Murid menunggu Cikgu Nurul. Setelah Cikgu Nurul datang, pelajaran mula. Aku bosan mendengar arahan guruku.
    Loceng sekolah berbunyi menandakan masa untuk waktu rehat. Aku keluarkan bekalku. Aku terlihat Alif yang duduk di sebelahku kelihatan sedih.
    “Awak tidak mahu ke kantin untuk makan?” aku bertanya.
    “Tidak,” dia menjawab.
    Aku pun meninggalkannya di dalam kelas sendirian lalu menuju ke kantin dengan bekalku. Tiba di kantin, aku terbau makanan kegemaranku, nasi lemak. Aku pun menuju ke gerai nasi lemak. Selepas berfikir, aku mengekeluarkan wang dua dolar lalu membeli nasi lemak itu.
    Selepas makan, aku melihat ke bekal yang disiapkan oleh ibuku.
    “Sangat membazirkan jika kalau aku membuang bekal ini,” aku berkata.
    Tiba-tiba, aku teringat Alif yang berada di kelas. Dia tidak makan. Aku pun melihat ke jam di kantin. Terdapat lima minit lagi sebelum waktu rehat tamat. Aku pun berlari ke kelas. Peluh membasahi badanku. Aku memberi bekalan itu ke Alif. Alif tersenyum.
    Tiba-tiba, aku terjaga dari lamunanku. Alif memanggilku. Dia berterima kasih kepada aku. Aku tersenyum. Aku bangga dengan diriku sendiri.
    Khairuna 6/1

    ReplyDelete
  3. Buku PSLE :Soalan 9
    “Ambil bekal dan ini duit untk perbelanjaan di sekolah,” kata ibuku sambil menghulurkan wang dua dolar dan bekalanku.
    Aku sudah terbiasa dengan makanan yang sama disiapkan ibu.Aku menyambut bekalan itu dan wang sakuku.Aku bersalaman dengan ibuku dan beredar pergi ke sekolah.Aku tahu bahawa membawa bekal dapat menjimatkan wang setiap hari.Ibuku sering berkata bahawa jika menabung setiap hari, lama-lama menjadi bukit.Kata-kata ibuku sering terngiang-ngiang di telingaku dan ini membuatku ingin memperoleh banyak duit.Aku bercita-cita tinggi untuk mennggunakan wang itu untuk ke kota Paris.Walaupun setiap hari aku akan roti bersama telur,aku tidak pernah jemu akan makanan itu tetpi hari ini aku ingin menukar selera.
    Semasa di dalam kelas sedang menelaah pelajaran bersama guru,perutku tiba-tiba berbunyi.Perutku berkeroncong kerana lapar.Aku tidak sabar lagi hendak makan.Hari ini,aku teringin sekali hendak makan nasi lemak.Sudah lama rasanya tidak menjamu selera di kantin sekolah.Tiba-tiba, loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Sungguh cepat masa berlalu.Aku kelam kabut mengemas beg kerana lazimnya gerai menjual nasi lemak di kantin dipenuhi murid-murid.Memang di sekolah,gerai itu sungguh popular dengan masakan nasi lemak yang enak-enak belaka.Sedang aku mengemas, aku ternampak rakanku,Ali duduk sahaja di kerusi.Ali duduk bersebelahan denganku.Selama ini,aku tidak banyak berbual bersamanya.Hatiku tergerak untuk menegurnya.Raut wajahnya kelihatan pucat.Dia merenung ke hadapan dengan mukanya yang kelihatan dalam kesusahan. Aku menepuk bahunya.
    Ali berpaling ke arahku.Aku bertanya kepadanya tentang mengapa dia tidak ke kantin untuk makan.Perlahan sahaja dia menjelaskan bahawa dia tidak lapar.Aku pula percaya dan fikir apa yang dikatakannya benar dan tidak curiga terhadapnya.Aku mengeluarkan bekalan yang disiapkan ibu dan bergegas ke kantin.Terbayang nasi lemak yang dijual di gerai.Di kantin,aku bernasib baik.Tidak rami orang yang beratur untuk membeli nasi lemak.Aku pun dengan segera mengeluarkan wang dari dompetku dan memesan nasi lemak.Terbeliak mataku melihat nasi lemak yang dihidangkan masih panas.Bau aroma nasi lemak itu membuka seleraku.Aku mengambil pinggan nasi lemak itu dan menuju ke meja.Aku duduk dan terus makan dengan lahapnya.Sebaik sahaja nasi dimasukkan dalam mulut,terasa seperti ia cair.Alangkah lazat!Sudah berapa lama aku tidak menjamah makanan ini.Aku tidak menghiraukan tentang bekalanku dan hanya meletakkan bekalan itu ketepi.Licin pinggan nasi lemakku.Ia mengisi perutku sehingga penuh.
    Aku bangun untuk membuang bekalanku kerana jika aku membawa pulang makanan itu,sudah tentu ibuku akan memarahi diriku.Sewaktu itulah,aku teringat akan Ali.Aku berfikir semula.Sememangnya,selama ini aku tidak pernah melihat Ali makan di kantin.Aku baru sedar bahawa dia mungkin dalam kesukaran wang.Aku berlari kelas dan ternampak Ali masih duduk tidak berbuat apa-apa.Aku menghulurkan bekalanku kepadanya dan menyuruhnya makan.Tanpa segan-silu,dia mengambil bekalku dan makan.Dia kelihatan seperti tidak makan selama beberapa hari.Selepas dia kenyang makan,aku mengajukan soalan tentang apa yang berlaku.Dari situlah,aku mendapat tahu dia orang susah.Ali menyedarkan diriku supaya tidak membuang rezeki.Semenjak hari itu,aku akan makan apa sahaja yang disiapkan oleh ibu walaupun makanan yang serupa.
    Qurratu’aini 6/1

    ReplyDelete
  4. Stainless Steel Habanero® Hot Sauce - Tinne & Art
    WATER, HABANERO PEPPER, ONION PEPPER. $7.99. INGREDIENTS. TINNE & ART titanium hair trimmer SILVER ford fiesta titanium DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED titanium white wheels DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED DRIED titanium trimmer as seen on tv DRIED DRIED DRIED titanium tent stove DRIED

    ReplyDelete