Saya sedang membaca surat khabar lalu teringat kemalangan yang telah berlaku beberapa hari yang lalu.
Ring! Bunyi jam saya. Jam saya menunjukkan pukul enam pagi. Saya bersiap sedia untuk ke sekolah. Seperti biasa, saya menuju ke sekolah dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan ke sekolah, saya terdengar bunyi loceng basikal.saya menoleh ke arah bunyi loceng basikal itu lalu ternampak sebuah basikal mendekati saya.
Rupa-rupanya ia adalah seorang lelaki yang membawa banyak surat khabar. Semasa dia memberhentikan basikalnya, semua surat khabar itu terjatuh dan bertaburan di tempat itu. Saya, yang berasa kasihan, bercadang untuk membantu lelaki itu. Selepas sepuluh minit, saya dan lelaki itu selesai mengutip surat khabar yang banyak itu. Lelaki itu pun mengucapkan terima kasih kepada saya.
Jam tangan saya menunjukkan pukul tujuh pagi. Saya sudah lewat ke sekolah. Saya berlari seperti lipas kudung kerana berasa takut. Pada masa yang sama hati saya berdebar-debar. Apabila saya tiba di sekolah, peluh membasahi pipi saya dan baju saya basah kuyup. Di dalam kelas, guru saya, Cikgu Ahmad, sedang berdiri di hadapan pintu kelas. Hati saya berdegup-degup ketakutan.
Saya mencuba untuk memberanikan diri saya lalu memberitahu Cikgu Ahmad apa yang telah terjadi. Selepas diberitahu apa yang telah terjadi, Cikgu Ahmad tersenyum lalu memuji saya kerana telah menolong seseorang. Hati saya pun berasa lega lalu duduk di tempat saya. Apabila saya pulang, saya berasa sangat riang selepas menolong lelaki itu. Sejak hari itu, saya mula menolong orang lain dengan menderma duit kepada orang yang miskin. Saya pun menolong orang yang memerlukan bantuan.
“Abang, abang,” adik saya memanggilm kerana hendak bermain dengan saya.
Saya pun mencuci muka saya lalu bermain bersamanya permainan-permainan yang dibeli oleh saya untuk hari lahir adik saya yang berumur lima tahun pada tahun itu.
Muhammad ‘Aqil 6/2
Karangan(SA1)
ReplyDeleteMatahari sedang memancarkan cahayanya menerangi setiap penjuru bilik Irfan. Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Irfan, seorang budak
lelaki yang berumur sepuluh tahu, bangun dari tidurnya. Irfan pun bergegas ke bilik air untuk mandi. Dia pun memakai seragam sekolahnya lalu
menyikat rambutnya. Selepas bersarapan, Irfan mencium dan mendakap ibu kesayangannya lalu terus melangkah keluar dari rumah.
Irfan hanya berjalan ke sekolah sahaja kerana sekolahnya tidak begitu jauh dari rumahnya. Sambil berjalan, Irfan menghirup udara segar di
sekelilingnya.
“Aahh,segarnya!” Irfan berkata dengan begitu ceria sekali.
Semasa Irfan melihat pemandangan di sekelilingnya, tiba-tiba, Irfan terpandang seorang lelaki yang sedang menunggang basikal. Dia
kelihatan tidak dapat mengimbangi dan mengawal basikalnya itu. Basikalnya yang diikat dengan banyak surat khabar habis terjatuh dan bertabur di
lantai. Irfan berasa sangat terkejut. Tanpa membuang masa, Irfan pun membantu mengutip satu demi satu surat khabar itu.
Lelaki itu berasa sangat teruja dengan pertolongan Irfan. Dia pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada Irfan. Irfan melihat jam
tangannya. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.
“Alamak! Sudah terlambat!” Irfan memekik dengan nada yang cemas.
Dia sudah terlewat untuk ke sekolah. Irfan mula berasa takut. Tanpa membuang sesaat pun, dia terus berlari menuju ke sekolah. Peluh mula
membasahi tubuhnya. Irfan terus menuju ke kelasnya. Dari jauh, Irfan boleh ternampak gurunya yang kelihatan sangat marah, sedang berdiri di
depan kelas. Gurunya, seorang yang panas baran, menyoal Irfan mengapa dia terlewat dengan nada yang garang. Walaupun apa yang dikatakan
Irfan, gurunya tetap tidak percaya. Dia telah dihukum selepas sesi sekolah tamat. Walupun itu bukan salah Irfan, Irfan tetap bersabar. Pada
keesokan harinya, Irfan bangun lebih awal supaya tidak terlewat lagi. Seperti biasa, Irfan berjalan ke sekolah.
Selepas semua murid habis menyanyikan lagu kebangsaan, tidak disangka, Irfan telah dipanggil untuk berdiri di atas pentas. Irfan terpandang
wajah seorang lelaki.
“Macam aku kenal sahaja,” bisik hati kecil Irfan.
Rupa-rupanya, lelaki itulah yang Irfan telah memberi bantuan semalam. Lelaki itu ingin memberi Irfan buah tangan atas tanda terima
kasihnya kepada Irfan. Irfan tersenyum lebar. Irfan percaya, setiap perkara baik yang dilakukan seseorang pasti akan dibalas dengan perkara
yang baik juga.
Nur Afrina Atiqah(6/2MT)(6/5F)
Karangan – SA1
ReplyDeleteAhmad berasa pilu. Dia sedang berdiri di belakang kelas sambil memandang tembok. Dia hanya mendenngar kata-kata gurunya, Cikgu adil, yang sedang mengajar kepada murid-muridnya. Ahmad pun mula mengingati peristiwa yang telah berlaku pada pagi itu yang menyebabkan dia lewat ke sekolah.
Matahari pada pagi itu sungguh panas. Ahmad, yang sedang menuju ke sekolah, kelihatan ceria. Dia sedang memikirkan tentang kejutan yang akan diberikan oleh Cikgu Adil kepada murid-muridnya. Ahmad tersenyum. Semasa berjalan, dia ternampak satu kemalangan.
“Aduh! Sakitnya!” seorang pakcik yang berdekatan memekik.
Pakcik itu terjatuh dari basikalnya. Ahmad terkejut. Dia berlari ke arah pakcik itu. Dia seperti mengecamnya. Rupa-rupanya, dia adalah Encik Haron, jirannya yang bekerja sebagai penghantar surat khabar. Ahmad menolong Encik Haron untuk berdiri. Apabila Ahmad ternampak surat khabar yang bertabburan di lantai, dia terus meletakkan beg sekolahnya di lantai lalu mengumpulkansurat khabar itu.
“Tidak payahlah, Ahmad. Nanti awak akan lewat ke sekolah,” Encik Haron memberitahunya.
Ahmad melihat jam tangannya. Sudah pukul tujuh setengah pagi. Ahmad terpaksa pergi. Selepas memebantu Encik Haron, Ahmad terus berlari ke sekolah. Dia takut akan Cikgu Adil yang akan memarahinya. Selepas namanya ditulis oleh penyawas sekolah, dia berlari ke kelasnya. Peluh membasahi badannya.
Ketukan pintu boleh didengar di luar kelas. Ahmad memasuki kelas. Muka Cikgu Adil kelihatan marah.
“Mengapa kamu lewat?” Cikgu Adil bertanya dengan suara yang marah.
Ahmad diam. Dia tidak mampu menjawab. Dia tahu gurunya tidak akan mempercayakannya. Dia terpaksa berdiri di belakang kelas. Tiba-tiba, Ahmad tersedar dari lamunannya kerana terdengar bunyi loceng sekolah yang menandakan kelas sudah tamat. Murid-murid puangke rumah. Di luar sekolah, encik Haron sedang menunggu Ahmad. Dia memandang ke arah Ahmad.
“Saya tidak sempat berterima kasih kepada kamu,” Encik Haron bercakap.
Encik Haron pun berterima kasih kepada Ahmad. Ahmad tersenyum. Dia bangga dengan kelakuan. Mereka pun pulang ke rumah bersama-sama.
Khairuna 6/1
Karangan kertas peperiksaan pertengahan tahun:
ReplyDeleteKeringat jernih mengalir titik demi setitik dari dahi Amran.Pada hari itu,cuaca sungguh panas.Sang mentari memancarkan sinarannya ke permukaan bumi.Amran mengelap dahinya yang dibasahi peluh dengan menggunakan sapu tangannya.Dia sudah terlewat untuk ke sekolah.Sudah beberapa kali dia lambat ke sekolah.Kebetulan pula,ada ujian Bahasa Ibunda pada hari itu.Ujian yang diuji ialah karangan.Amran terus berlari dengan pantas tanpa membuang masa.Amran tidur lewat oleh kerana belajar pada saat-saat terakhir.Dia berasa sungguh gementar.Tiba-tiba,dia ternampak seorang lelaki yang mengayuh basikal terjatuh.Ada banyak surat khabar yang telah diikat di bahagian belakang basikal itu.
“Patutkah aku menolong lelaki itu?”Amran berbisik di dalam hatinya.
Amran menjadi serba salah.Dia takut jika dia akan terlambat untuk mengambil ujian karangannya itu.Amran berfikir sejenak.Perasaan serba salah semakin menyelubungi diri Amran.Dia teringat akan pesanan kedua orang tuanya bahawa menolong itu adalah satu perbuatan yang baik dan ia adalah suatu perbuatan yang paling membanggakan.Akhirnya,dia membuat keputusan untuk membantu orang lelaki yang umurnya dalam lingkungan empat puluh lima tahun dan dia juga tidak berdaya lagi mengangkat surat khabar yang tebal itu.Amran sangat kenal dengan lelaki itu.Dia selalu pergi mengutip surat khabar daripada penduduk-penduduk di kawasan itu untuk dijual.Bagi Amran,perkara yang dilakukan oleh lelaki ittu adalah untuk mencari rezeki yang halal.Amran terus mengumpul surat khabar itu sementara lelaki itu mengangkat basikalnya itu.
Amran kelihatan tenang menolong lelaki itu menenggekkan surat khabar itu satu demi satu,perlahan dan berhati-hati.Kelihatan berat sungguh surat khabar itu diangkat Amran.Kedua-dua mereka tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih bak asmaradanta.Terpancar jelas kegembiraan di raut wajah Amran.Setelah membantu lelaki itu,lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Pak cik Lim.Dia memberitahu Amran bahawa jasa dan budi pekerti Amran payah henak dibalas tetapi ia akan dikenang selalu.Pak cik Lim memuji-muji Amran.Kembang hati Amran mendengar pujian yang diberikan olek Pak cik Lim itu.Pak cik Lim terus menaiki dan mengayuh basikal.Amran dan Pak cik Lim melambaikan tangan mereka menunjukkan selamat tinggal.
Amran melihat jam tangannya.Jam menunjukkan bahawa dia sudah terlambat.Hatinya yang masih kembang semenjak tadi tiba-tiba menjadi kecut.Tanpa membuang masa,dia terus berlari ke sekolah dengan pantas.Tibanya di sekolah,dia sudah tercungap-cungap semasa menaiki anak tangga ke arah kelasnya.Di kelasnya,ujian karangan telah selesai dan gurunya,Cikgu Danial,telah menunggu di hadapan pintu kelas.Api kemarahan Cikgu Danial sudah tida boleh ditahan lagi.Amarahnya kian terpancar di raut mukanya.Dia bercekak pinggang.Memang sudah beberapa kali Amran dinasihatinya tetapi seperti air mencurah ke daun keladi.Cikgu Danial terus melepaskan kemarahannya.Amran telah diberi markah kosong kerana tidak menduduki kertas ujian itu.Dia juga dihukum untuk membersihkan kelas selama seminggu.Amran berasa cukup puas mengingati kembali apa yang dilakukannya tadi.Walaubagaimanapun,Amran tetap dengan sikapnya yang selalu datang ke sekolah lewat setiap hari.
Qurratu’aini 6/1
Kamu semua hebat-hebat belaka ya!
Delete